Thursday, May 24, 2012

Jom Buat Amal - Astro Oasis Ajak Ke Majlis Tahlil Esok (Jumaat)

Sempena memperingati insan-insan seni yang telah meninggal dunia, Astro Oasis akan menganjurkan majlis tahlil dan Qiamullail pada Jumaat ini (esok).

Ia akan diadakan pada pukul 7 malam di Masjid As-Syakirin, KLCC.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, melihat kepada sambutan yang diterima terhadap beberapa siri majlis Qiamullail yang dianjurkan sebelum ini, ia membuatkan pihaknya ingin menjadikannya sebagai acara tahunan.

Tambah Izelan, penganjuran majlis ini diharap mampu memupuk semangat mencintai masjid di kalangan masyarakat terutama golongan muda.

"Di samping memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah, kami juga berharap agar usaha murni yang dianjurkan ini mampu memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat tentang iktikaf di masjid dan Qiamullail yang boleh diteruskan secara individu dan istiqamah selepas ini," ujarnya yang mengundang seluruh umat Islam menyertaimnya.

Majlis akan dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang akan diimamkan oleh Imam Masjid Asy-Syakirin dan disusuli dengan majlis tahlil dan bacaan surah Yasin.

Selepas solat Isyak, sebuah sesi tazkirah oleh Imam Muda Arrazi akan diadakan.

Kemuncak program ini adalah sekitar pukul 3 pagi untuk melaksanakan solat tahajud yang dipimpin oleh Imam Muda Aran dan Imam Muda Hassan dan akan berakhir selepas solat Subuh. (Mstar)


3 comments:

sekadar satu coretan said...

tq..salina tolong sebar2kann..
kalau tak tak tau punn...

Kakzakie Purvit said...

Baguskan anjuran macam ini... taklah asyik berhibur aje...

Kasih Salina said...

kak ain & kakzakie:tu la kak..bagus pihak Astro Oasis ada kesedaran untuk buat program camni..moga kita semua mendapat keberkatannya..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...