Wednesday, May 23, 2012

16 Gambar Kasut Rekaan Unik & Pelik dan Tip Nak Pilih Kasut

Kalau monyet tengok orang pakai kasut ni memang kena kejar dengan monyet..
KASUT tidak hanya berfungsi sebagai pelapik kaki bagi memberi keselesaan, malah ia melengkapkan penampilan diri agar menarik dan anggun ketika kita melangkah. Sesuai dengan fungsinya sebagai pelindung kaki dan penambah gaya, pemilihan kasut juga harus dilakukan dengan berhati-hati.

Bayangkan jika kasut yang dibeli harganya mahal tetapi menyebabkan kaki melecet, pastinya ia tidak berbaloi. Justeru, pemilihan kasut yang betul itu penting agar kesihatan, keselesaan dan penampilan diri kekal sepanjang hari.

Ada berani tak korang nak pakai kasut-kasut yang pelik dan unik seperti di bawah..

Kasut ni plak boleh dengar lagu kot
Aduhhh..macam mana nak berjalan dengan memakai kasut nih..

Awas!! Gigi buaya tu..
nampak gaya macam design kereta ni..

wowww..seksinya..

kasut ni nak tengok movie boleh la sambil-sambil jalan.. ada tempat DVD player..
patah kaki pakai kasut camni..
boleh letak handphone..
kasut ni boleh umpan tikus..
merahnya mak Ngah..
Cantik..warna yang menarik dan menyerlah..
tingginya tumit..
sape-sape nak tinggi boleh cuba kasut ni
memang orang akan lari kalo tengok kita pakai kasut ni..
sape nak kurus boleh pakai kasut ni..
Ada beberapa panduan sebelum kita membuat keputusan membeli kasut supaya tidak tersilap membuat pilihan dan kita selesa nak memakainya. Antara Tip Memilih Kasut yang sesuai seperti di bawah:
  1. Beli kasut pada waktu siang hari atau petang bagi mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai. 
  2. Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi kerana ketika itu kaki belum mengembang dengan ukuran maksimum. 
  3. Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai. Jika lantai kedai penuh dengan permaidani, cuba berjalan di luar atau di atas lantai simen.
  4. Pastikan tumit dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.
  5. Pastikan memakai kedua-dua kasut yang dipilih, berdiri tegak dan cuba berjalan. 
  6. Panduan bagi yang gemar menggunakan stoking atau sarung kaki ketika memakai kasut bertutup dan sandal. Cuba pakai stoking ketika hendak membeli kasut bagi mengelakkan daripada saiz yang dipilih tidak sesuai.
 

3 comments:

Aine Ainun said...

Aduhai mcm2 pattern ni...

x suka da tgk kasut tumit2 ni, sakit kaki...=))

sekadar satu coretan said...

macam2 ada..tp takuttt nk pakainya tu

Miey Safie said...

sapeee la yg design kasut mengarut cm ni..isk3

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...