Tuesday, May 22, 2012

Chef Wan Membuka Restoran Pertamanya Di Singapura

Wah! Makin bertambah rezeki Allah swt bagi, Chef selebriti terkenal Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan bakal membuka sebuah restoran di Singapura atas desakan rakan-rakan. Tahniah Datuk, semoga berjaya menambat hati pelanggan, tapi kena di Singapura pulak ye..dan bukannya di Malaysia tanahair tercinta?

Restoran tersebut yang diberi nama Chef Wan In Style bakal dibuka di Plaza Singapura, Orchard Road di negara itu pada September depan. Strategik jugak tempatnya tu. Chef Wan memilih untuk membuka restoran tersebut di Singapura kerana yakin ia akan dapat menarik minat pelanggan daripada seluruh dunia yang sering bertumpu di kawasan berkenaan.

Manakala makanan yang disediakan bukan hanya kepada masakan Melayu semata-mata tetapi akan menghidangkan lebih 100 jenis masakan dari seluruh negara Asia Tenggara. Boleh bayang macam mana lazatnya makanan tersebut kalau mengikut citarasa Chef Wan. Kelasss gitu..

Sebenarnya Chef Wan nak buka restorannya di Kuala Lumpur tetapi tidak jumpa lokasi yang sesuai serta menepati idea dan konsep yang ingin beliau buat iaitu seperti sebuah bazar yang penuh dengan makanan. Namun begitu, ada pihak di Singapura menawarkan sebuah premis yang besar iaitu kira-kira 14,000 kaki persegi dan boleh memuatkan 400 orang pada satu-satu masa.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia sendiri telah menyusun menu-menu untuk restorannya itu nanti dan akan mendapatkan chef terbaik dari seluruh Asia Tenggara agar masakan itu dapat memuaskan hati pelanggan. Chef Riz juga akan membantu Chef Wan menguruskan restoran itu nanti jika dia mempunyai undangan di tempat lain. Jika pengurusan restoren ini berjalan lancar dan mendapat sambutan pelanggan Chef Wan turut merancang untuk membuka sebuah cawangan di Jakarta, Indonesia dan juga Malaysia.
 
p/s: Pelancong-pelancong dari Malaysia yang melancong ke Singapura bolehlah lah menikmati sajian istimewa di restoran Chef Wan In Style, Plaza Singapura, Orchard Road. Singapore.
 
 
 

3 comments:

Norzie hany said...

Salam Salina.
Tahniah untuk Datuk chef Wan.

Kasih Salina said...

@norzie hany:wkumsalam kak..makin bertambah rezeki beliau.

nazayiena said...

Wah mesti ramai yg dtg mkn kat Restoren Chef Wan nanti.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...