1. Sembahyang itu adalah munajat
iaitu
“personal contact” atau hubungan peribadi dengan Allah dan kontrak
sembahyang wajib ialah 5 waktu sehari semalam. Nabi Musa perlu ke Bukit
Thur untuk bermunajat kepada Allah. Umat Nabi Muhammad s.a.w. tidak
perlu ke mana-mana kerana mereka boleh sembahyang di mana sahaja,
walaupun di rumah masing-masing untuk bermunajat kepada Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya orang sedang
sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya ….. (diriwayatkan oleh Imam
Ahmad).
2. Sembahyang adalah hubungan peribadi manusia dengan Allah (hablun minallah).
2. Sembahyang adalah hubungan peribadi manusia dengan Allah (hablun minallah).
Apabila
hubungan manusia dengan Allah itu baik (melalui ibadah sembahyang),
maka dia menjadi seorang yang baik. Sembahyang yang betul mempunyai
“power” untuk mencegah seseorang dari melakukan perkara yang keji dan
mungkar. Al-Ankabut [45]…..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar.
Berbanding malaikat yang dijadikan daripada cahaya, manusia dan jin dijadikan daripada tanah dan api. Untuk meningkatkan taraf manusia dan jin setaraf dengan malaikat, mereka diberi peluang untuk report secara terus kepada Allah tanpa melalui sebarang perantaraan. Melalui ibadat seperti sembahyang, mereka berhubung secara terus dengan Allah SWT.
3. Sembahyang itu seperti berkata-kata dengan Allah

Maka
berhati-hatilah dalam percakapan dengan Allah agar apa yang dicakap itu
sama dengan apa yang difikir atau diingati. Hendaklah “hadir hati”
iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat
perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun
tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa
sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain). Dalam
sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepat
ingatkan Allah:-
Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
4. Umat terdahulu cuma sembahyang dua waktu sehari semalam (sebelum naik matahari dan selepas jatuh matahari)
Allah
sayang kita umat Muhammad s.a.w., bagi kontrak solat 5 waktu. (seperti
kontrak dunia, lagi banyak kerjanya, lagi banyak bayaran). Lebih banyak
waktu sembahyang bererti lebih kerap kita menemui Allah dan lebih
rapatlah hubungan peribadi dengan Allah. Seperti di dunia ini, manusia
yang selalu bertemu dengan para VIP biasanya lebih rapat dengan mereka.
Selain itu syurga juga dipenuhi oleh majoriti umat Muhammad s.a.w.
1 comment:
thanks salina.. :)
Post a Comment