Thursday, May 24, 2012

Mudahnya Buat Kad Kredit



Pilih kad mana dari bank mana, semuanya sama saja
Kad Kredit Dipohon- Kebanyakan rakan bekerjaya yang aku kenali pasti mempunyai satu. paling sikit. Itu pun belum kira kalau laki bini berkerja. Kerja pun ala la la la tok, maksud aku yang paling 'sesuai' dan minimum untuk mohon jenis kad yang paling cikai. Ada tak cukup satu, tambah dua..tak cukup dua tambah tiga, nyata lebih mudah 'menanggung' kad kredit berbanding mohon kawin satu lagi!

Kad Kredit Orang Muda- Tujuannya, kalau bagi yang baru bekerja (dengan gaji yang 'sesuai' aku cakap tadi), sudah pasti untuk 'memudahkan' dari segi transaksi dan sedikit atau setidak-tidaknya ada unsur 'show off'. Tak semua yer, tapi takkan takda sekelumit perasaan bangga mampu mencapai sesuatu yang bukan semua mampu capai kalau tidak bergaji 'sesuai'. Kad mana, bank mana, itu belakang kira..janji lulus saja, esok terus guna ya.

Kad Kredit Untuk Keluarga- Bagaimana pulak dengan yang dah berkeluarga (termasuk yang baru nak bina keluarga) serta yang telah beranak pinak?...Haaa, macam-macamlah aku dengar kisah benar disekelilingku. Antaranya untuk belanja kahwin, lepas kahwin pulak dijadikan untuk 'ansuran mudah' perabot dan barangan elektrik, belanja minyak (yang ni kerap orang 'swap'), belanja membeli-belah dan belanja macam-macam yang termampu untuk kad itu...asalkan dapat bayar minimum tiap bulan sudah memadai.

Kad Kredit Dituntut - Kalau nak buat belanja online, memang 'dituntut' sangat, sebab kad debit mana layak untuk beli kat laman e-commerce. Berpeluh mencari kawan yang ada kad kredit untuk tempah hotel guna Agoda.com (yang memang murah tu). Kalau buat belanja beranak kat hospital swasta atau pusat rawatan Islam juga sangat 'dituntut' (kalau beranak normal hanya 1/3 daripada belanja beranak secara bedah)..yer lah demi keselesaan, kemesraan staf hospital dan kemudahan minta tambah ubat itu ini. Kalau beranak bedah sekalipun, boleh lah kira 'cincai' sebab beban bayarnya boleh di'ansurankan.

Kad Kredit Sikaya -  Ya, memang mereka kaya, tak perlu kad cikai yang cuma mahukan gaji minimum asalkan dapat di'pancung' oleh pihak berkenaan...

Jadi, teruskan dengan kemampuan anda, selagi mana tidak memudaratkan...







6 comments:

fiza said...

kami HARAMkan kad kredit dalam urusan jual beli kami...

hidup x dibebani hutang kad kredit...jiwa pun tenang :)

StuntWomanWho :) said...

buat kad kredit byk2 . nanti lama2 ta leh bayar . heehe :D

sekadar satu coretan said...

Kad kredit...ada la jugak sekeping bila terdesak jer bleh la guna...tak berani nk guna sesuka hati nii..bahayaaaa...

mama aini said...

ehem..skrg ni bank dah ketatkan syarat2 memohom k/kredit ..info dr auntie mama yg bekerja dibank..he2x..

Salina Mat Isa said...

tak de kad kredit..

Dhaniya ShahNiza said...

Kawan2 hubby selalu hasut hubby supaya guna kredit card...but bila hubby bgtau i..i just ckap " Kalau hidup kita terbeban hutang...kawan2 u nak tolong bayar ke??tak kan???so abaikan dorang...jangan nak cari masalah.. ;) "

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...