Theo Walcott yang cute... |
Kenal Sol Campbell? Pemain yang bertubuh sasa ni cukup sinonim dengan Arsenal beberapa ketika dulu. Dia dah melaungkan amaran 'keras' kepada
penyokong Three Lions (England) supaya tidak berkunjung ke Euro 2012 kerana
mereka ‘mungkin pulang dalam keranda’. Memang dahsyat sungguh amaran dia ni. Sebab apa?
Bekas bintang Arsenal dan Tottenham itu percaya kunjungan ke Poland
atau Ukranie berisiko tinggi berikutan ancaman keganasan dan perkauman
di kedua-dua negara itu.
Sol Campbell, kalau main game FIFA Soccer best pilih dia ni... |
Campbell, yang memiliki 73 cap untuk England mengeluarkan kenyataan berani mati dengan menegaskan adalah
menjadi kesilapan besar apabila UEFA menganugerahkan hak penganjuran
kejohanan kepada dua negara tersebut.
Dalam usia Campbell, 37, dia belum lagi nyanyuk atau terdesak untuk mendapatkan publisiti murahan. Tapi apabila dia memberitahu BBC Panorama: “Lebih baik duduk di rumah,
tonton menerusi televisyen. Jangan mengambil risiko... kerana anda
mungkin pulang tidur dalam keranda". Rasanya itu pasti mengundang kemarahan ramai, khususnya di pihak UEFA dan tuan rumah (penganjur).
Terdapat dakwaan, ahli keluarga kepada beberapa pemain berkulit hitam seperti Theo
Walcott, Joleon Lescott dan Alex Oxlade-Chamberlain tidak merancang
untuk pergi kerana khuatir akan kemungkinan dicemuh perkauman.
*Nak main bola bila dicemuh perkauman memang mental akan terjejas, emosi terganggu, keseluruhan perlawanan akan menjadi buruk.Walaupun pemain semua profesional, namun hal perkauman memang sangat sensitif!
No comments:
Post a Comment