Ayuh.. Suami & Bapa tunaikan tanggungjawab ANDA dengan segera mulai saat ini, detik ini dan hari ini..
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Didiklah anak-anakmu atas tiga perkara:
(Hadis riwayat Dailami)
- Mencintai Nabinya
- Mencintai ahli rumahnya
- membaca al-Quran, kerana si penghafal al-Quran, di dalam naungan Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya beserta Nabi-nabinya dan orang-orang suci-Nya."
Suka aku
nak kongsi di sini, suatu ketika pernah aku nampak, seorang anak pernah
bersalam mencium tangan bapa dan bapa saudaranya sebelum keluar rumah. Taat sungguh anak itu, tetapi sedih melihat akan pakaiannya yang berseluar pendek menampakkan peha dan berbaju ketat. Kedua orang tua tersebut langsung tidak menegur akan pakaian anak gadis itu. Kata mereka, jika ditegur takut 'meradang' dan menimbulkan kekecohan. Rupanya takut pada anak-anak mengatasi takut kepada Allah SWT. Rasanya tidak salah jika berulang kali menasihati anak-anak. Sekeras-keras batu apabila air hujan menitis berulang kali akan meninggalkan kesan lekuk jugak.
Begitu juga ada suami atau bapa cukup solatnya 5 waktu, tapi anak-anak dan isteri tidak mengerjakan solat. Apatah lagi untuk solat berjemaah dan membaca al-quran bersama-sama. Sekadar berkongsi di sini dan tiada kaitan dengan sesiapa, cuma dari pemerhatian aku sebagai insan yang lemah dan berusa mencari redha Ilahi.
1 comment:
Cantik nasihat ini... yg jadi anak/isteri pun sayangilah ayah/suami kita...
Post a Comment