Friday, May 25, 2012

Padah Bersih 4.0, Wujud Kempen Boikot Semua Rangkaian Sekinchan Ikan Bakar Pulak


Datuk Jamal Md. Yunus sebelum ini tidak begitu dikenali walaupun beliau mempunyai rangkaian restoran ikan bakar yang terkenal di ibu negara termasuk di Johor dan Melaka.

Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang diusahakannya kini mula menjadi sebutan apabila ia semakin hari dilihat semakin berkembang dan berjaya ‘menembusi’ pasaran makanan ikan bakar.

Namun tindakannya mengetuai Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur dan melancarkan ‘Bersih 4.0 Cintakan Keamanan’ ternyata mengundang ‘padah’ apabila satu gerakan besar-besaran dilancarkan termasuk melalui media sosial baru seperti Facebook untuk memboikot perniagaan yang diusahakannya itu.


Untuk rekod, antara aktiviti Jamal dan ahli-ahlinya dalam kempen tersebut termasuklah menjalankan perniagaan – sebagai tanda protes – di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga

Ketika diminta mengulas mengenai ‘reaksi balas’ mereka yang marah dengan tindakannya itu, Jamal berkata, tidak timbul soal beliau hendak mencari pasal atau bergaduh dengan sesiapa termasuklah penyokong Bersih 3.0.

” Saya berkawan dengan semua orang, termasuk dengan penyokong pembangkang, tetapi apa yang saya dan rakan-rakan buat ini adalah untuk mencari keadilan bagi kami golongan peniaga yang teruk terjejas apabila demonstrasi itu berulang-kali dilakukan di kawasan kami.

” Kami bukan ada agenda politik bila nak ‘buka gerai’ di depan rumah Ambiga, saya rasa sedih apabila ada pihak yang menggunakan kesempatan ini untuk menghentam saya secara peribadi termasuk nak memboikot perniagaan yang saya jalankan.

” Tak mengapalah, itu hak mereka, Alhamdulillah perniagaan saya bertambah baik walaupun saya tahu sudah ada gerakan yang semacam ini.” 
 
Jamal juga sebelum ini menarik perhatian media apabila menawarkan hadiah dua buah kereta mewah bernilai kira-kira RM2 juta melalui kempen tersebut.


Beliau berkata, hadiah tersebut disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan warga Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar raya itu bebas daripada perhimpunan haram dan rusuhan.

“Kita akan buka sebuah laman pengikut Bersih 4.0 di Facebook dan menyeru orang ramai supaya menyertai kempen ‘Cintakan Keamanan’ sebagai bantahan kepada Bersih yang satu lagi.

“Melalui usaha ini, kita berharap Bersih 4.0 akan menjadi penutup kepada perhimpunan Bersih yang menjadikan Kuala Lumpur huru-hara,” katanya. (Mynewshub)
 
 

2 comments:

Liyana Anuar said...

macam-macam politik ni..

eLL said...

pulak dah?

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...