Sunday, May 27, 2012

Zed Zaidi Berjaya Menjadi Presiden SENIMAN-TAHNIAH

Pagi tadi baru sahaja berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di FINAS untuk memilih ahli jawatankuasa baru.

Seperti yang dijangkakan, artis yang paling lantang menyuarakan pandangan demi memperjuangkan hak artis-artis di Malaysia, Zed Zaidi telah pun dilantik sebagai Presiden SENIMAN yang baru bermula hari ini.

Mesyuarat Agung yang berlangsung pada pagi tadi telah bersetuju melantik beliau bagi mengambil tempat yang sebelum ini di Pengerusikan oleh Harun Salim Bachik.

Kini, satu persoalan mudah yang timbul ialah adakah tindakan Zed Zaidi yang baru-baru ini lantang memperjuangkan hak artis di Malaysia semata-mata untuk mengejar jawatan ini?

Atau beliau benar-benar jujur. Ini akan menjadi perhatian dan persoalan yang dibangkitkan secara berterusan selepas ini.

Andai Zed Zaidi terus lantang mempertahankan nasib artis-artis kita, nama kita boleh menilai sekap garang beliau sebelum ini sebagai jujur.

Namun jika sebaliknya, maka nyata ia berkemungkinan besar bersifat ksometik untuk menjadi Presiden Seniman semata-mata.

Sebelum ini, Harun Salim Bachik ada menyatakan hasratnya untuk menarik diri dan tidak akan bertanding dalam pemilihan jawatankuasa hari ini.

Zed Zaidi merupakan Timbalan Presiden SENIMAN di bawah kepimpinan Harun Salim Bachik sebelum ini.

Antara isu yang diperjuangkan oleh Zed Zaidi ialah seperti kebanjiran artis dari luar negara serta penggunaan cermin gelap untuk golongan artis.

Tahniah diucapkan kepada Zed Zaidi. Semoga dengan lantikan ini beliau akan terus memperjuangkan hak artis serta menjalankan tugas dengan amanah dan jujur. (mynewshub)
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...