Sunday, May 20, 2012

Konsert 1 Juta DJ Dave - Journey Through Song


SETELAH hampir 20 tahun tidak menghasilkan sebarang album lagu berbahasa Melayu, penyanyi popular 1970-an Datuk DJ Dave kini telah tampil dengan single terbaharu berjudul Nyawaku.

Menurut penyanyi yang cukup popular dengan lagu-lagu berirama Hindi, lagu berkenaan bukanlah berunsur cinta. Sebaliknya, lagu Nyawaku ciptaan Datuk M. Nasir itu berkisarkan tentang realiti yang berlaku sekarang iaitu mengenai gejala pembuangan bayi.

Menurut DJ Dave, selain lagu Nyawaku, beliau juga sebenarnya sudah mempunyai perancangan untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal itu bagi menghasilkan dua buah lagu lagi untuknya.

Buat masa ini beliau mahu memberikan tumpuan terlebih dulu kepada konsertnya yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari bermula pada 1 Jun ini.

Menurutnya, selain menghasilkan single terbaharu, beliau juga telah merakamkan semula lagu nyanyian Whitney Houston berjudul I Always Love You yang dinyanyikan secara duet bersama penyanyi Marsha. Rakaman semula lagu ini merupakan tribute kepada penyanyi terkenal tersebut, namun liriknya telah diubah kepada bahasa Hindi. DJ Dave telah memilih Marsha untuk berduet bersamanya kerana mereka pernah mengadakan persembahan bersama-sama sebelum ini dan Marsha memang memiliki suara yang sedap.

Bercerita lebih lanjut mengenai Konsert Journey Through Song - Ingin Bersua DJ Dave, penyanyi tersebut memberitahu konsert yang dianjurkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Shahdave Entertainment bakal mengimbas kembali perjalanan kariernya sebagai seorang anak seni.

Jelasnya, konsert yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1 juta itu akan memberi kepuasan kepada penonton menerusi persembahan selama dua jam dengan 35 buah lagu popular nyanyiannya serta diiringi 40 orang pemuzik orkestra.

Konsep persembahan nanti akan berdasarkan kepada peredaran zaman sepanjang karier beliau sebagai anak seni bermula dari tahun 1970-an sehingga sekarang. Beberapa orang penyanyi seperti Uji Rashid, Dayang Nurfaizah, Marsha dan komposer S. Atan turut diundang untuk menjayakan konsert ini.

Menariknya, semasa konsert tersebut berlangsung, DJ Dave akan memakai enam kostum yang pernah dipakai sebelum ini. Menurut penyanyi yang sudah berusia 65 tahun itu lagi, memandangkan ia sebuah konsert yang besar serta menelan kos yang cukup tinggi, dia berharap agar konsert tersebut dapat memberi kepuasan kepada penonton yang hadir.

Tiket untuk menonton konsert tersebut sudah mula dijual dengan harga RM53, RM83, RM183, RM253, RM303 dan RM453 dan boleh didapati dengan melayari lawan sesawang www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-4147 8600, 018-326 8001 atau 016 202 1445 untuk membuat tempahan.
 

1 comment:

mama aini said...

ehem suara Dave memang sedap..bestnya kalau dpt tgk konsert dia..he2x..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...