Nazmi Faiz sebagai pemain Beira-Mar diumumkan dalam laman web rasmi kelab itu |
![]() |
Nazmi Faiz ketika sedang menandatangani kontrak |
![]() |
Estadio da Luz |
![]() |
Bergambar kenangan |
![]() |
"Selamat tinggal abah" |
Nazmi Faiz telah mencipta sejarah menjadi pemain
Malaysia pertama beraksi di Eropah (di liga utama sebuah negara di Eropah) selepas berjaya mendapatkan kontrak
dengan SC Beira-Mar.
Laman web rasmi kelab SC Beira-Mar telah
mengumumkan bahawa pemain Harimau Muda yang berusia 17 tahun itu telah
menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 dengan
kelab Portugal itu (namun laman web kelab tersebut tidak dapat diakses pada malam tadi).
Minggu lepas Nazmi telah selesai sesi pemilihan dengan skuad utama Beira-Mar dan telah menambat hati jurulatih Beira-Mar (dikatakan Nazmi telah bagi impak besar pada hari ketiga).
"Sukar
untuk menggambarkan perasaan saya. Ini peluang terbaik saya dan saya
bersyukur kerana berjaya. Beraksi di Eropah adalah impian saya.
"Saya
sangat gembira dan bersemangat untuk memulakan pengalaman baru ini.
Saya menyukai kelab ini sejak pertama kali saya sertai sesi latihan,"
kata Nazmi Faiz.
Nazmi juga akui telah dilayan dengan baik dan sangat selesa dengan rakan sepasukannya yang lain.
"Saya
dilayan dengan baik dan akan sentiasa memegang kata-kata jurulatih,
Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo. Tunjuk ajar mereka berharga
buat saya." katanya lagi.
Nazmi kini bersama skuad Harimau Muda A di Slovakia.
ESPNStar
* Tahniah Nazmi Faiz...semoga lebih menyerlah di sana, tingkatkan prestasi...buktikan kemampuan yang ada!
Link lain berkenaan Nazmi ketika ke Portugal:
Nazmi Faiz di Diario de Aveiro (Akhbar Lagi)
Nazmi Faiz Diburu Akhbar Portugal
Nazmi Dipuji Pegawai Media Kelab Portugal Beira-Mar
Nazmi Faiz Disangka Kaka Ketika di Portugal
Nazmi Mengadu Kesejukan
(Gambar) Nazmi Berjauhan Dengan Kekasihnya
9 comments:
tahniah, xsangka berjaya juga anak Malaysia beraksi di eropah.. :)
rs nk nanges n tumpang bangga! gud luck nazmi!
terbaikkk!!!!
Betul tu Harith, cuma kita belum tahu apa T&C dia..
ya anies..memang nk nangis, masa baca interview terahkhir sebelum dia dpt kontrak tu, nampak macam dia sgt rendah diri..
budak ni sungguh kuat semangat, umur mcm dia sanggup pi portugal
ya ya terbaek!
salute to Faiz...
sebelum ni sy dah salute to Zulfahmi (penunggang motogp).
anak2 muda patut mencontohi sikap dan semangat rakan sebaya mereka ni..
dulu Nazmi tangguh ambil SPM sebab sukan SEA Jakarta..dan sekarang ni ke Portugal pulak. nampaknya SPM ntah bila nak ambil atau tak ambil langsung. apapun ini adalah pengorbanan yang sangat berbaloi..
akak, minta kebenaran nak kongsi gambar2 Nazmi ni utk blog sy...
ok..ambik la apa2 dlm blog ni selain gambar2 peribadi dan cerita peribadi Kasih Salina.
Post a Comment