Thursday, May 24, 2012

Norman Hakim Dah Tak Popular Lepas Kawin

Pelakon Norman Hakim menganggap popularitinya yang semakin menurun selepas mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada 24 September tahun lalu adalah satu kitaran hidup normal bagi seseorang selebriti.

Norman berkata, hal tersebut juga pernah terjadi kepada perkahwinannya terdahulu dengan bekas isteri, Abby Abadi, dan ia bukanlah satu perkara yang pelik.
"Pada pendapat saya, meraih populariti adalah sebahagian daripada putaran kehidupan di mana seorang selebriti itu boleh berada di atas dan bawah pada bila-bila masa sahaja.

"Biasalah, sebelum berkahwin, macam-macam spekulasi tentang hubungan saya dan Memey dan apabila sudah berkahwin, kiranya kontroversi dah selesai," 
Norman dan Memey kini lebih selesa menjalani kehidupan dengan menguruskan hal rumah tangga dan kesibukan kerjaya.
"Bagaimanapun ia juga menunjukkan satu kematangan bagi kami sebagai selebriti. Yang penting kita ingat keluarga dan Tuhan, Insya-Allah, rezeki sentiasa ada.

"Dan Alhamdulillah tawaran kerja yang diterima masih lagi konsisten, tidak kurang ataupun lebih," ujarnya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Bahang Akhirat, arahan Rashid Sibir.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan Memey yang mungkin sudah berbadan dua, Norman berkata, mereka masih lagi belum mempunyai rezeki.

Dia dan Memey hanya berserah kepada Tuhan dan enggan merancang tentang kesesuaian masa bagi mendapatkan anak.
"Setakat ini kami belum ada rezeki lagi untuk memiliki anak. Sekiranya ada, sudah pasti saya akan berkongsi berita gembira ini kepada semua."
Sementara itu, Norman bakal muncul di slot Senda Pagi TV3, menerusi drama Esah Pajero yang akan disiarkan pada bulan hadapan. (Mstar)

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...