Sunday, May 27, 2012

Oh My English! dapat sambutan

SIAPA kata program berbentuk pendidikan kurang mendapat sambutan? Program terbaru Astro TVIQ, Oh My English! ternyata telah mencipta satu fenomena baru.

Biarpun baru ditayangkan, program bertujuan meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dengan betul dalam kalangan masyarakat itu telah mempunyai lebih 50,000 pengikut di Facebook.

Lebih menarik, rancangan itu menggunakan pendekatan ringan dan menarik iaitu sitkom setengah jam yang dijayakan pelakon terkenal seperti Adibah Nor, Zain Saidin, Harun Salim Bachik, Izara Aisyah serta penampilan khas Lisa Surihani, Rozita Che Wan dan Nabil Raja Lawak.

Kemunculan program sebegini wajar diperbanyakkan lagi kerana penonton bukan saja dapat berhibur, tetapi juga dapat informasi berguna.

1 comment:

Hudalatip said...

Setuju, rancangan santai tapi ada pengajaran..:)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...