Sunday, May 20, 2012

Bojan Sifatkan Perlawanan Menentang Sime Darby Antara Tersukar Musim Ini

KUALA LUMPUR - Jurulatih Kelantan Bojan Hodak menyifatkan perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara yang tersukar dihadapi beliau musim ini.

Beliau yang tetap berpuas hati dengan kemenangan tipis pasukan 'The Red Warriors' itu, berkata kemenangan malam ini merupakan satu hadiah yang paling bermakna untuk rakyat Kelantan.

"Walaupun kita mencatatkan kemenangan tipis namun ia bukan penting bagi saya kerana apa yang lebih penting adalah membawa Kelantan merealisasikan harapan rakyat Kelantan yang dahagakan kejayaan Piala FA buat kali pertama," katanya kepada pemberita selepas perlawanan Sabtu malam.

Pasukan Kelantan menamatkan penantian selama 22 tahun sejak piala tersebut mula diperkenalkan pada 1990 selepas mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas wakil kelab Lembah Klang itu.

Bojan berkata selepas ini beliau akan memberikan tumpuan khusus kepada saingan Piala AFC menentang jiran mereka, Terengganu pada 23 Mei ini serta Liga Super.

Sementara itu jurulatih Sime Darby Ismail Zakaria berkata beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

"Saya rasa para pemain telah mengikuti segala arahan yang diberikan kepada mereka cuma mungkin nasib tidak berpihak kepada kita malam ini," katanya.

- BERNAMA 
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...