Saturday, May 26, 2012

Acai Berry: Antioksidan Yang Hebat & Boleh Menguruskan Badan

Acai Berry boleh dibuat Jus minuman
Pernah ke anda dengar nama Acai Berry? Si Ah Chai, mekanik kat rumah aku kenal la..hoho.. Sebenarnya Acai Berry mengandungi antioksidan yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang sering dikaitkan dengan penuaan seperti penyakit kardiovaskular dan kanser. Antioksidan adalah baik bagi mereka yang aktif kerana ia meneutralkan radikal bebas yang dihasilkan semasa bersenam

Dikatakan, Acai Berry yang terbaik terdapat dicelah pokok-pokok palma yang tumbuh di muara Amazon di utara Brazil dan ia mengandungi antioksidan antosianin (pejuang radikal bebas) yang sangat tinggi. Radikal bebas adalah molekul tanpa pasangan elektron, ia sentiasa mencari pasangannya di molekul dalam badan kita, menyebabkan kerosakan DNA dan kemudian menyebabkan tindak balas yang memudaratkan, yang boleh menyebabkan penyakit kanser dan jantung, menyebabkan kita sakit, menjadikan kita lebih tua dari umur, dan menyebabkan kematian. 
Acai (disebut ah-sa-ee) digunakan untuk penjagaan kesihatan secara tradisional sejak berzaman di Brazil. Antioksidan acai bertindak seperti peluru berpandu mencari dan memusnahkan stres oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.

Acai Berry disyorkan oleh ramai pakar pemakanan kerana fungsi antioksidannya melebihi lain-lain makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti berri biru dan anggur merah. Diet yang kaya dengan berri acai akan menjaga kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan dan kecergasan.

Pokok Acai Berry
Acai Berry mempunyai apa yang tubuh perlukan:

Antosianin (10-30 kali lebih daripada anggur merah)
Asid lemak (Omega 6S, Omega 9S
Asid amino
Mineral sekumin
Phytosterols (diketahui mengekalkan tahap kolesterol plasma darah yang sihat) 

 Acai Berry juga dikatakan mempunyai banyak faedah lain seperti meningkatkan penghadaman, pembersihan dan detoksifikasi badan, meningkatkan imuniti tubuh, menyokong kesihatan kardiovaskular, meningkatkan kejelasan mental, meningkatkan penglihatan, mengurangkan insomnia, dan melambatkan proses penuaan.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...