Imam Abu Nu`aim meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda, yang ertinya:-
Allahumma zidni rizqan halalan katsiran wa imaanan shohiihan.
Jika sahaja rezeki halal yang hanya dijadikan tompokan harta semata-mata boleh menyebabkan kemurkaan Allah, maka bayangkanlah pula jika harta yang ditompok itu hasil dari rezeki haram? Oleh itu, sentiasa perbaiki niat kita, agar segala usaha dan titik peluh kita diberkati dan diredhai Allah. Carilah rezeki yang halal dengan niat-niat di atas dan segala niat yang baik.
- Sesiapa yang mencari rezeki halal di dunia untuk menghindarkan dirinya dari mengemis (meminta-minta), untuk mencukupkan keperluan keluarganya dan untuk berbuat baik terhadap jirannya, Allah akan membangkitkannya di hari kiamat dengan wajah seperti bulan purnama.
- Sesiapa yang mencari rezeki halal di dunia untuk membanyakkan harta semata-mata, untuk berbangga-bangga dan untuk menunjuk-nunjuk (riya`), dia akan menemui Allah di hari Kiamat dalam keadaan Dia murka kepadanya.
Allahumma zidni rizqan halalan katsiran wa imaanan shohiihan.
bahrusshofa
2 comments:
Insya'Allah walaupun bersederhana bersama rezeki yang halal & tidak menunjuk nunjuk diredhai Allah. Amiin :)
Betul, itulah sebaiknya..ambil mana yg berkat..tidak berkira, pemurah
Post a Comment