Saturday, May 19, 2012

Kelantan lawan Hafiz, Hafiz Menang!



Wah..Kelantan lawan Hafiz, Hafiz Menang! Biar betul..



Para penyokong pasukan Kelantan yang memang menang sorak akhirnya membantu pasukan kesayangan menjulang Piala FA selepas mereka memenangi perlawanan akhir Piala FA 2012 dengan menewaskan pasukan yang tidak setanding iaitu Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kenapa aku kata tak setanding? 
1. Korang tengoklah dengan stadium yang cukup besar tu seolah-olah final ni diadakan di negeri Kelantan, maka kecut perut Sime Darby tu.
2. Pasukan Kelantan majoritinya pemain Kebangsaan, bekas pemain Kebangsaan dan rata-rata pemain berpengalaman.
3. Pasukan Kelantan banyak kali ke final apa-apa kejuaraan.
4. Pasukan juara ini banyak pendedahan dalam dan luar negeri.
5. Pasukan ini kena menang, walaupun dengan 1-0 sahaja.

Apapun kemenangan Kelantan di Bukit Jalil tak dapat lawan kehebatan Hafiz yang membolot RM500,000 sorang-sorang dalam program realiti televisyen, Mania terbitan Astro yang juga merupakan konsert final musim ini. Konsert gempak ini diadakan di Stadium Putra, di sini malam tadi.
 
Naib juara pun bukan calang-calang hadiah nya yang dimenangi oleh Stacy membawa pulang hadiah bernilai RM200,000...sedangkan belum tentu pemain Kelantan dapat banyak tu tiap sorang walaupun membawa nama baik negeri.

Tempat ketiga pertandingan yang disiarkan selama 10 minggu itu menerusi Astro Ria itu diraih Jaclyn Victor yang menggondol hadiah bernilai RM100,000 berserta trofi.

Ahmad Dhani sebagai pembimbing hafiz membawa pulang hadiah bernilai RM300,000...wah, lumayan deh!


 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...