Sunday, May 20, 2012

Nicol Ke Akhir Terbuka Britain Buat Kali Kelima

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara mudah ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Britain dan dilihat akan merangkul kejuaraan keempatnya.

Nicol menewaskan pemain England Laura Massaro 11-5, 11-8 dan 11-4 dalam masa 39 minit pada perlawanan yang berlangsung di 02 Arena di London pada Sabtu.

Beliau akan bertemu pemain Mesir Nour El Sherbini yang mengetepikan cabaran rakan senegara dan juga pilihan kelima Raneem El Weleily, 14-12, 7-11, 11-4 dan 11-9 dalam masa 40 minit.

Nicol sebelum ini menjuarai kejohanan 2005, 2006 dan 2008. Beliau kalah kepada pemain Australia Rachael Grinham pada perlawanan akhir edisi 2007.

Pada edisi 2009 pula beliau tersingkir pada peringkat suku akhir selepas tewas mengejut di tangan pemain Ireland Madeline Perry.

- BERNAMA
 
 

3 comments:

aReLaN said...

tahniah buat datuk nicol. moga menang lagi.huhu

mama aini said...

gud luck nicol..

Kasih Salina said...

menang kan dia!

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...