Monday, May 21, 2012

Lin Dan Anggap Indonesia Lawan Yang Kuat

 
WUHAN - Perseorangan badminton China Lin Dan menyifatkan Indonesia sebagai lawan yang kuat dan memiliki kelebihan yang setara dengan pasukan negaranya.

Meskipun tidak akan bertemu jaguh Indonesia Taufik Hidayat dalam saingan perseorangan pertama peringkat kumpulan Piala Thomas esok, pemain berusia 29 tahun itu berkata beliau tetap akan melakukan yang terbaik.

"Siapa saja lawan saya, sama ada Taufik atau Simon (Santoso), saya tidak akan mengambil mudah dan akan melakukan yang terbaik.

"Sebagai pemain pertama saya perlu menang bagi menaikkan semangat rakan-rakan yang lain," katanya dalam satu temu ramah ringkas bersama media asing di kejohanan badminton Piala Thomas di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, pada Isnin.

Pada Ahad, juara dunia empat kali itu menewaskan Rajiv Ouseph dari England 21-14, 21-10 dalam saingan peringkat kumpulan A.

China mudah mengalahkan England 5-0 dalam saingan tersebut dan akan bertemu Indonesia pada Selasa bagi penentuan juara kumpulan A.

Ditanya mengenai persiapannya menjelang Olimpik kelak, Lin Dan berkata beliau tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu sekarang dan mahu memberi fokus sepenuhnya pada kejohanan yang sedang berlangsung.

-- BERNAMA

1 comment:

mama aini said...

gud luck buat LIN DAN !!!..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...