Saturday, May 19, 2012

Enam Syarikat Bersaing Untuk Mereka Bentuk Bandar Malaysia (1MDB)


KUALA LUMPUR - Bandar Malaysia akan menyediakan penyelesaian bandar berinovatif untuk menghasilkan sistem eko yang harmoni antara manusia, bangunan, keadaan trafik dan alam sekitar.

Enam bakat utama tempatan dan antarabangsa sedang bersaing hebat untuk menjadi Perancang Induk bandaraya mapan itu.

Mereka adalah AECOM (Hong Kong) dan Focus Architects and Urban Planners Sdn Bhd; BroadwayMalyn (Singapura); DPZ Asia dan PAG Consult Sdn Bhd; Gensler (UK) dan AJM Planning dan Urban Design Group; IZM Consult; dan T.R. Hamzah & Yeang Sdn Bhd dan Llewelyn Davies & Yeang (UK).

Projek 196 hektar Bandar Malaysia akan menyaksikan perubahan lapangan terbang lama Sungai Besi menjadi mercu tanda baharu yang membuktikan aspirasi Greater Kuala Lumpur.

"Pembangunan bercampur-campur itu, dengan tumpuan kepada budaya dan seni, akan menjadi destinasi antarabangsa untuk kemudahan budaya dan prasarana awam, rangkaian komersil dan tawaran gaya hidup serta kawasan perumahan yang menarik," kata 1MDB dalam satu kenyataan Jumaat. - BERNAMA 
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...