Monday, May 21, 2012

Awal Ashaari & Zizan Razak Pengacara Tetap 'Melodi'

Rasanya dah ramai yang menjangkakan bahawa Awal Ashaari akan berganding dengan Zizan Razak. Akhirnya, TV3 telah mengesahkan secara rasmi aktor Awal Ashaari dilantik sebagai pengacara tetap rancangan Melodi bagi menggantikan Dira Abu Zahar bermula pada awal Jun depan.

Menurut Mstar, pemilihan Awal itu adalah satu strategi berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini.

Bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal membuatkan mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan tersendiri. Gandingan Zizan dan Awal mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton.

Pihak melodi juga telah melakukan perbincangan dengan Dira dan wanita itu akur dengan keputusan untuk berundur daripada Melodi. Dira membuat keputusan mengundur diri kerana ingin lebih menumpukan masa dan tanggungjawab kepada pelajaran dan juga perniagaannya.

Bagaimanapun, team melodi berharap, perubahan pengacara yang dilakukan tidak memberi pandangan negatif masyarakat.

2 comments:

Hudalatip said...

Yeay suka...suka..sukaa

mama aini said...

ehem..panas tempat pengacara rancangan melodi tu ya?...he2x..sering bertukar orang..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...