Saturday, May 19, 2012

1,200 Pelajar Terima Komputer 1Malaysia Fasa Ketiga Di P.Pinang


GEORGE TOWN - Mulai hari ini, seorang pelajar J. Veenod tidak perlu lagi bersusah payah ke kafe siber untuk menyiapkan tugasan sekolahnya selepas menerima bantuan komputer riba 1Malaysia.

Veenod, 16, antara 1,200 penerima bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara itu, melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 juta.

Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Gambir itu berkata dengan adanya komputer riba itu, dia tidak perlu lagi berebut menunggu giliran dengan rakan lain bagi mendapatkan akses internet di makmal komputer sekolahnya.

"Memang susah mahu buat kerja sekolah tanpa komputer dan akses internet sendiri. Tambahan pula menjelang pertengahan tahun ini, banyak kerja kursus yang perlu dihantar," katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan komputer riba 1Malaysia oleh Penyelaras Parlimen Bayan Baru, Por Joo Tee di sini, hari ini.

Ketika berucap pada majlis itu, Por menggesa pelajar memanfaatkan kemudahan komputer itu dalam meningkatkan keupayaan dan prestasi diri masing-masing terutama dalam bidang teknologi maklumat.

Beliau berkata pemberian komputer riba itu adalah permulaan yang baik kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan mereka.

Sementara itu, Timbalan Pengarah SKMM Wilayah Utara Zainol Hamid berkata penyerahan komputer riba jenama Black Cube itu meliputi tiga kawasan parlimen iaitu Bayan Baru, Bukit Bendera dan Tanjong.

Katanya program itu merupakan satu daripada pelan kerajaan di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara bagi meningkatkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah negara.

Enam sekolah menerima komputer bagi fasa ketiga itu, antaranya SMK Bukit Jambul, SMK Sungai Nibong, SMK St George dan SMK St Xavier. - BERNAMA
 
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...