Saturday, May 26, 2012

Pelakon Anzalna Tidak Kisah Dakwaan Kerap 'Usung' Kekasih Depan Khalayak

Pelakon Nur Anzalna Nasir tidak kisah dengan persepsi dan pertikaian umum berhubung kekerapannya membawa teman lelaki, Hanif Zaki menghadiri pelbagai acara hiburan.

Menurut Anzalna, 24, perkara itu bukan satu masalah kerana jejaka yang sebaya dengannya itu telah diberikan kepercayaan oleh keluarga untuk menemaninya memandangkan dia tidak mempunyai pembantu peribadi.

“Keluarga tahu Hanif selalu menemankan saya atas urusan kerja. Jika ibu atau adik-beradik tidak sempat menemankan saya, maka Hanif akan diberikan amanah itu.

“Ia bukan satu isu buat saya atau keluarga kerana Hanif sudah lama saya kenali, sejak kami berusia 17 tahun lagi. Dia hanya menemani saya dan bukan kami melakukan perkara yang tidak manis pun,” katanya kepada mStar Online.

Anzalna dikritik segelintir pihak yang mendakwa dia kerap 'mengusung' kekasihnya di depan khalayak dan majlis-majlis hiburan.

Anzalna dan kekasihnya Hanif ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di Arena of Stars Genting pada 8 April lalu.
Malah, ada juga dakwaan kononnya kekasihnya itu cuba menumpang populariti aktres tersebut.

Ditanya mengenai reaksinya apabila timbul pertikaian yang remeh itu, Anzalna berkata dia berasa kecil hati dan kecewa kerana orang mudah menjatuhkan hukum tanpa mengetahui alasan di sebalik sesuatu tindakan itu diambil. Anzalna dan kekasihnya Hanif ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di Arena of Stars Genting pada 8 April lalu.

“Saya selesa ditemani oleh dia kerana saya percayakan dia. Malah, dia juga sanggup berkorban masa dan bertolak ansur untuk menemani saya.

"Tiada niat langsung untuk 'tayang' kekasih atau menimbulkan perasaan kurang selesa kepada mana-mana pihak,” tambahnya yang hampir setahun menjalin hubungan dengan Hanif.

Mengenai kerjaya lakonannya yang kian berkembang, pelakon drama Mahabbah (TV3) ini berkata dia semakin berani untuk menerima watak utama dalam drama televisyen dan filem selepas hampir setahun bergelar pelakon.

“Lakonan terbaru saya boleh ditonton dalam drama aksi Indera Joned di TV3. Selepas ini saya akan terlibat dalam drama Adam & Hawa (Astro) bersama Aaron Aziz dan beberapa buah filem lagi termasuk Dr K Kahwin Lima (KRU Studios),” katanya. (Mstar)
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...