Thursday, May 31, 2012

Kegilaan DLSR Kejar Sunset

Dia melompat tebing, membawa segala...
Perlahan menapak...sedangkan masa kian suntuk
Mencari sudut terbaik sebelum tenggelamnya sang mentari
Oh, sempat ker tidak ni?
Gambar-gambar di atas aku 'tangkap' guna kamera digital di bawah ini jer...ketika meniti masa menyaksi terbenamnya mentari di tepi laut, Kuala Perlis tempoh hari. Terpandang aku seorang lelaki berlari-lari anak terus melompat tembok tebing...

Nikon Coolpix s3100 kesayanganku..
Nampak benar perbezaan masa kini, sejak dua menjak ni aku ke Kuala Perlis untuk bersantai @ berehat bersama laki aku dan dua puteriku, akan terlihat sekumpulan/ individu pemilik DSLR yang minat betul nak kejar matahari terbenam yang pada kebiasaannya cuma 5-10 minit sahaja sebelum ia 'tenggelam di dasar laut' hujung sana. Apa yang aku lihat, hampir setiap minggu begitu. Adakah fotografer yang sama atau orang lain-lain? Itu aku tak boleh cam. Cuma aku agak mereka ni masih amatur kerana hanya mengejar matahari terbenam atau sunset dari posisi yang sangat mudah, iaitu sekadar tangkap terus tanpa ada objek lain bermain di sekitar matahari itu. 

Contoh menarik...
Bukan matahari di cari...ini yang menariknya!
Pokok sebegini pun boleh..apa salahnya...
Begitu juga dengan haiwan peliharaan, pilihan yang menarik untuk tema sunset

Untuk menimbulkan 'keghairahan' sunset itu sendiri bukannya di khalayak ramai..tak semestinya. Tempat yang tersorok, terlindung matahari, pantulan pada bangunan sebenarnya mempunyai value yang cukup tinggi berbanding sekadar 'tangkap' dan 'lepas'.

Atau mungkinkah sekadar 'menunjuk-nunjuk' di depan segerombolan orang ramai, yang bawa keluarga bersantai atau makan seafood di sana yang rata-rata pakai kamera 'cikai' seperti aku? Huhu, aku bukan menuduh, cuma lagak gayanya mengambil gambar seperti ke arah itu. Itu pandanganku..

Di bawah ini aku tepek petikan Utusan beberapa minggu lepas:

KEGILAAN terhadap kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) di kalangan rakyat negara ini semakin meningkat.
Sebut sahaja apa jua jenama DSLR pastinya ada peminat serta pengikutnya yang tersendiri , namun apakah yang membezakan di antara satu-satu jenis DSLR pada kaca mata pengguna.
Kini rata-rata pengeluar siri kamera DSLR tersebut bukan sahaja berlumba-lumba meningkatkan teknologi kamera mereka agar ia lebih mudah dan ringkas digunakan di samping mampu menghasilkan kualiti gambar yang terbaik.
Terdapat pelbagai pilihan DSLR dewasa kini yang boleh dijadikan 'teman' anda untuk merakam saat-saat indah bergantung kepada kemampuan dan kemahiran seseorang itu menggunakannya.
Tetapi, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai kamera DSLR? Hampir semua kamera DSLR yang ada pada hari ini merupakan kamera digital yang menggunakan sistem cermin mekanikal dan pentaprisma.
Secara asasnya sistem tersebut digunakan untuk memandu cahaya secara terus dari lensa kepada penderia dan juga pencari paparan (viewfinder) yang terdapat pada bahagian belakang kamera.
DSLR merupakan pilihan utama jurugambar imej tetap (still photo) kerana ketepatan paparan yang dilihat pada dedahan (exposure) di dalam kamera semasa merakam dan menghasilkan imej seperti yang dilihat di dalam kamera.
Malah, penggunaan pelbagai lensa mampu meningkatkan kreativiti jurugambar dan mampu menghasilkan pelbagai imej yang menakjubkan.
Selain itu, kebanyakan DSLR juga turut memiliki fungsi yang membolehkan pandangan (preview) yang tepat untuk paparan dalaman medan (depth of field).
Rata-rata, jurugambar profesional lebih memilih DSLR berikutan ia memiliki penderia (sensor) yang lebih besar berbanding dengan kamera kompak dan secara umumnya penderia DSLR juga hampir menyamai saiz kamera filem tradisional yang kebiasaannya digunakan oleh jurugambar profesional apabila mula 'terjun' ke bidang fotografi.
Sama ada siri-siri kamera DSLR yang dikeluarkan oleh jenama-jenama kamera ini baru mahupun lama namun kegilaan terhadap gajet ini dilihat berterusan sehingga kini dan mempunyai peminat serta pengikutnya yang tersendiri.


4 comments:

Harith Iskandar said...

sy pon tingin gak nk beli kamera tp xtau nk beli ape, mcm nk beli canon jer.tp xtau model ape.takut sonok2 beli tp xtau nak gune..ehehe :p

Harith Iskandar said...

lupe cakap, kalau ade kamera same2 kejar matahari terbit & terbenam..ehehe

p/s:- tgk pic kt kuala tu tingat lak yg sy dh lame xbalik perlis..huhuhu

Ruziawati Yusof said...

hi sis..
me pakai dslr jugak.. tp yg paling cikai, nikon D3000. hubby belikan tahun 2009. pas tu klu nk update blog, nak cepat, pakai blackberry torch saja dan paling baru ambik gambar guna samsung tab 7.7 sebab gilakan instagram..
btw, t mmg hantu bergambar.. sejak azali lagi..
hew3!

ainnoraini said...

kakain guna camera hp je..
kamera besar dah hilang..kene curi..sedih betullll..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...