Sunday, May 27, 2012

Apa? Peminat Lelaki Hadiahkan Tuala Wanita Kepada Liyana Jasmay

Waduhh.. Gila sungguh peminat lelaki itu kepada Liyana Jasmay ni. Seorang lelaki misteri yang merupakan peminat fanatik kepada selebriti cilik comel terkenal, Liyana Jasmay telah ditangkap oleh polis pada Khamis lalu kerana menggangu privasi pelakon tersebut. Menakutkan juga kalau ada kes-kes camni.

Lelaki tersebut didapati berlegar-legar di hadapan rumah Liyana Jasmay termasuk membawa hadiah. Namun, yang menjengkelkan lagi apabila lelaki tersebut turut pernah memberi tuala wanita sebagai hadiah. Tu dia, siap boleh tahu rumah artis tu. Tak kira la artis ke siapa memang kena berhati-hati dalam soal keselamatan diri.
 
Menurut Liyana, ganguan ini bukanlah kali pertama tetapi sebaliknya kali keenam sejak November tahun lalu.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu sering membawa hadiah kepada Liyana seperti baju-T, kasut, minyak wangi, cakera padat termasuk tuala wanita.

Pihak polis telah memberkas lelaki tersebut di hadapan rumah Liyana sekitar jam 11.40 malam, kelmarin. Keluarga Liyana telah membuat laporan polis selepas melihat gelagat yang mencurigakan serta rasa terancam terhadap tindakan lelaki tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup.
 
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...