Thursday, May 24, 2012

No. Plat WWW 1 Bernilai RM520,000

Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang telah dijual dengan harga RM300,100.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata siri WWW juga telah mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.

Bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.

Sebanyak 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 telah diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan sebanyak RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.

Sebanyak 4,908 nombor dalam siri WWW dibida manakala bakinya 5,091 akan menjadi nombor semasa Apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran kelak. Keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini, dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.

Nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012 dan pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju. - BERNAMA
 
 
 

3 comments:

mama aini said...

ehem siapalah yg layak memilikinya..kalau mempunyai wang..semua blh dibeli.. :)

KhaiRin : anies said...

peeerrrghhh bleh byr 10 bijik kete!

cinnamon.com said...

apa hebatnya dengar nombor2 ni ye..

bangsa cina sukalah nombor2..sanggup berhabis..diaorg akan tolak no ni 4444..4 dlm bahasa cina sae,(kalau tak silap spellnya)maksudnya mati..hehe

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...