Saturday, May 26, 2012

Pelakon Filem Aku Ada, Kau Ada??? Bosan Dengan Lakonannya Sendiri

Banyak pihak termasuklah para peminat dan wartawan hiburan yang terkejut apabila mendapati salah seorang pelakon utama filem Aku Ada, Kau Ada??? iaitu Yana Samsudin yang dilihat keluar dari panggung sewaktu pratonton filem itu di sini baru-baru ini.

Tindakan Yana itu yang kononnya dikatakan seperti agak bosan untuk meneruskan tontonan terhadap filem pertama arahan Rahila Ali terbitan Pencil Pictures Sdn. Bhd. tetapi pelakon jelita itu menafikan andaian tersebut sebaliknya katanya, dia mempunyai alasan tersendiri.

“Saya tidak kata saya bosan dengan filem Aku Ada, Kau Ada??? ataupun saya malu menonton filem lakonan saya sendiri dan terus keluar dari panggung wayang. Tetapi saya memang selalu berbuat begitu. Memang semasa separuh tayangan filem ini saya terus keluar dari panggung.

“Bukan setakat saya seorang, malah Shaheizy Sam yang turut berlakon dalam filem ini turut keluar dari panggung bersama-sama saya. Kami memang selalu macam itu. Memang ada orang kata yang kami seperti tidak suka dengan filem ini tetapi itu hanyalah cakap-cakap orang,” komennya.

Yana berkata demikian sewaktu sidang akhbar selepas pratonton Aku Ada, Kau Ada??? yang diadakan di pawagam Cathay, e@curve di sini baru-baru ini di mana filem yang turut dilakonkan oleh Kamal Adli itu telah ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 24 Mei lalu.

Jelas Yana, menerusi filem yang 90 peratus penggambarannya dijalankan di Korea itu, dia bukan setakat berlakon tetapi buat pertama kalinya juga perlu menyanyi dan menari bagi menghidupkan lagi watak lakonannnya dalam filem genre romatik komedi tersebut.

“Dalam filem Aku Ada, Kau Ada??? ini, saya telah berduet sebuah buah lagu dengan Shaheizy Sam dalam lagu bertajuk Begini Caranya dan menyanyi solo dua buah lagu berjudul Halus Berbisa dan 2M di mana ini adalah suatu kelainan dalam filem lakonan saya ini,” ujarnya lagi. (Mstar)
 
 

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...