Monday, May 21, 2012

Jakim Dan KDN Diminta Serbu Syarikat Yang Terbitkan Buku Irshad Manji

KUALA LUMPUR, - Serbuan dan rampasan buku berjudul 'Islam Liberty and Love' oleh seorang aktivis liberal, Irshad Manji, tidak sepatutnya tertumpu di kedai buku sahaja sebaliknya pihak berkuasa perlu menyerbu syarikat yang menerbitkannya.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata dengan cara itu sahaja boleh memastikan penerbitan dan pengedaran buku aktivis wanita itu, yang secara terbuka mengaku lesbian dan juga pendukung hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT), dapat dihentikan.

"Memberi tempat atau ruang kepada Irshad Manji dengan membenarkan program beliau di Malaysia dan melancarkan bukunya di sini adalah satu tindakan yang kurang cerdik. Ini akan memecahbelahkan orang Islam khususnya Melayu di negara ini.

"Buku tersebut sangat bercanggah dengan ajaran agama Islam dan ia akan mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam sendiri serta memesongkan akidah. Justeru amat wajar bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu syarikat yang menerbitkan buku tersebut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Zamil berkata beliau berharap JAKIM dan KDN mengambil langkah serius bagi membendung penjualan buku itu supaya ia tidak terlepas kepada rakyat khususnya orang Islam.

"Mungkin ada sesetengah kedai buku tidak tahu mengenai isi kandungan buku ini, tetapi dengan tindakan tegas JAKIM dan KDN, saya percaya buku itu akan dapat dihapuskan daripada pasaran dengan secepat mungkin," katanya.

Jumaat lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilapor berkata bahawa kerajaan menerima banyak bantahan orang ramai terutama daripada kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), individu serta parti politik berhubung ura-ura seorang aktivis Islam liberal, Irshad Manji mengadakan program di Malaysia.

Katanya kajian JAKIM mendapati Irshad Manji adalah seorang berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme dan aktivis wanita itu yang secara terbuka mengaku lesbian dan juga pendukung LGBT.

Jamil Khir berkata Irshad Manji pernah mengarang buku yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia yang berjudul 'The Problem With Islam Today' yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel 'The Satanic Verses".

Beliau berkata Malaysia bersama-sama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menolak orientasi seksual yang mendukung golongan LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam Persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac 2012 di Geneva, Switzerland.

-- BERNAMA

3 comments:

dear anies said...

kalu serbu pon org bleh dpt kn kt tmpt lain.. mcm buku salman rushdie: the satanic verses tu...

nazayiena said...

Macamana buku camni boleh terlepas kat M'sia....

mama aini said...

ehem banyak sgt buku2 yg tak sepatutnya terlepas jual dimalaysia?..hu2x..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...