Thursday, May 24, 2012

Mawi Dan Ekin Umum Majlis Akikah Cahaya Malaika


Bertambah bahagia pasangan romantis ni dengan kehadiran Cahaya Malaika, mencecah usia tiga bulan yang mana telah melengkapkan kehidupan Mawi atau Asmawi Ani, 31 dan isterinya, Nora’Ashikin Rahman (Ekin), 33.

Pagi semalam, bertempat di banglo mewah pasangan itu di Kelab Golf, Bandar Baru Bangi, Mawi dan Ekin bersama anak mereka buat pertama kali hadir dalam sesi fotografi eksklusif bersama sebuah akhbar.

Sebelum ini, Mawi dan Ekin pernah muncul di khalayak ramai ketika perkahwinan anggota kumpulan Elite, Azza, bagaimanapun Cahaya Malaika tidak dibawa bersama. Ketika berita kelahiran Cahaya, Mawi mengedarkan gambar mereka berdua tanpa Ekin yang memohon tidak dirakamkan wajah kerana masih dalam pantang.

Ahad ini, selepas solat Asar, Raja SMS yang juga Juara Akademi Fantasia 3 akan mengadakan majlis akikah di rumahnya.

p/s: alaaa..Mawi tak jemput peminat ker..


3 comments:

nazayiena said...

Comel anaknya....

mama aini said...

hikk2x..salina minat mawi ek?..mesti majlisnya dibuat secara besar-besaran kan..

Dhaniya ShahNiza said...

Cutenya Cahaya Malaika.. =)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...