Monday, May 7, 2012

Akma AF Bakal Nikah 30 Jun Ini


Seorang lagi bintang Akademi Fantasia yang terkenal dengan tagline Konnichiwa iaitu Akma telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012.

Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang dimiliki jejaka tersebut.

Pasangan ini akan melangsung pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 di Dewan Belia Antarabangsa Cheras dan pada tengaharinya akan berlangsung majlis persandingan bagi keluarga pihak perempuan. Manakala majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .

Rombongan pihak lelaki pada petang ini membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju melayu.

Kedua belah pihak masih belum menetapkan wang hantaran manakala mas kahwin pula mengikut tetapan oleh Majlis Agama Islam Selangor iaitu RM300.

Menurut Akma lagi, dia tidak pernah berniat untuk merahsiakan statusnya dan apabila sampai masa dia akan mengumumkan kepada rakan media khususnya.

Pasangan ini telah memilih untuk menyarungkan busana rona merah jambu hasil daripada rekaan Boutique Chantek manakala tatarias oleh jurusolek terkenal, Famee Abdullah Radzi. Perancang perkahwinan ini juga telah mempersiapkan keseluruhan majlis pada petang itu daripada pelamin indah hingga ke hidangan buat para hadirin yang hadir.

Untuk majlis perkahwinan yang akan datang mereka masih akan menggunakan khidmat Boutique Chantek dan Ari Wedding Couture.

Ditanyakan perancangan untuk berbulan madu, Akma menjawab dia teringin mahu ke Bali kerana belum berkesempatan untuk bercuti ke pulau indah tersebut.


Kredit Foto & Info: Murai.com














2 comments:

nazayiena said...

Selamat bertunang buat Akma....

mama aini said...

tahniah & selamat bertunang..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...