Showing posts with label Scha Al-Yahya. Show all posts
Showing posts with label Scha Al-Yahya. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Gambar Sambut Hari Lahir Scha Selepas Bergelar Isteri

Happy Birthday buat Scha yang comel. Mungkin sambutan hari lahir Scha pada tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Mana tidaknya, ini adalah tahun pertama Scha menyambut hari lahirnya sebagai seorang isteri.

Scha telah dilahirkan pada 30 Mei dan kini pelakon dan juga model ini sudah pun berusia 29 tahun. Sambutan hari lahir Scha telah diadakan disebuah tempat yang dirahsiakan dah hanya dihadiri oleh rakan-rakan media yang rapat saja.

OHBULAN

Thursday, May 17, 2012

Monday, May 7, 2012

Persalinan SchAwal Paling Sweet Bersongket Hijau Semasa Acara Merenjis


Acara merenjis SchAwal menjadi lebih meriah apabila kedua-dua raja sehari tampil dengan persalinan gabungan tradisional dan moden dari pemilihan rona hijau diraja rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.

Pereka muda kegemaran ramai selebriti tempatan itu, sememangnya bijak melempiaskan kreativitinya dari hanya sehamparan kain songket (tajaan Atiqah's Songket) kepada sepasang persalinan yang berjaya memukau mata memandang.
Pihak Atiqah's Songket telah memperuntukan masa selama dua bulan untuk menenun songket berkenaan dan Rizman Ruzaini pula memerlukan masa dua hari untuk menyiapkan kedua-dua persalinan SchAwal.

Potongan duyung dan off shoulder yang ditampilkan buat Scha Al-Yahya menjadikan pelakon Awan Dania itu tampak cukup anggun. Ditambah lagi dengan cucuk sanggul dan kembang merah menyala yang tersemat di kepala. Awal Ashaari pula tampil segak bak putera diRaja dengan persalinan songket lengkap, siap dengan tenggolok dan samping yang dihiasi dengan rantai dan aksesori bulan sabit serta bintang melempiaskan aura cukup gah.

Kredit Info & Gambar: Murai.com







Sunday, May 6, 2012

Gambar Scha & Awal Dalam Persalinan kedua Mengenakan Sepasang Songket Berwarna Hijau


 Persalinan kedua Scha dan Awal merupakan sepasang songket yang begitu klasik untuk upacara merenjis. Mungkin kah ini persalinan songket yang ditempah dengan Noor Arfa Batik?

Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai yang sudah sah bergelar suami isteri. Sama cantik dan sama padan pasangan mempelai yang turut mencetuskan kurang senang dikalangan peminat sewaktu Awal Ashaari melamar Scha dalam program Propaganza. 

Majlis resepsi bagi meraikan kedua-dua pengantin baru ni pula akan menyusul pada hari ini, Ahad 6 Mei   di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran seramai 1,500 orang tetamu akan menghadiri Majlis Resepsi 'Schawal'. 

Selepas Majlis Resepsi 'Shawal' pasanga mempelai ini akan terbang ke New York pada 8 mei ni. Selamat menempuh alam berumahtangga buat Scha & Awal. 



Friday, May 4, 2012

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya






Akhirnya, yang dinanti-nantikan telah selesai dan selamat dilangsungkan. So aku cover sikit pasal si jejaka idaman Scha ini untuk pengunjung blog ini. Awal Ashaari yang sebentar tadi telah sah menjadi suami kepada Scha Al Yahya dengan sekali lafaz sahaja. Mas kahwin pernikahan pasangan pengantin ini ialah sebanyak RM2050. Scha telah diwalikan oleh ayahnya sendiri. Majlis dilangsungkan selepas jam 9 malam tadi. Ada gambar lagi, akan aku update, dengan info lebih lanjut.

Gambar seterusnya nanti ada hantaran-hantaran pernikahan, gambar Awal berpeluh semasa majlis akad nikah,gambar Awal seronok dah lafaz nikah dan berdoa sambil berdongak, gambar Scha yang tak nangis pun..dan banyak lagi..tunggu selepas ini yer..



Friday, April 27, 2012

Kad Kahwin Scha Alyahya dan Awal Ashaari


Kredit gambar: Twitter Meenzuleyka
 
Minggu depan, sepasang lagi pasangan artis yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan. Jangan lupa korang semua ikuti majlis pernikahan mereka pada Jumaat depan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria nanti. Kad kahwin Awal Ashaari dan Scha Al Yahya sudah diedarkan, pasti berdebar-debar perasaan mereka berdua menunggu saat bahagia itu yang lebih kurang seminggu jer lagi. Peminat scha dan awal juga pasti teruja untuk melihat perkahwinan yang gilang gemilang itu nanti kan. 
 

Gambar Pra Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya




Lepas tengok gambar SCHAWAL ni yang diilhamkan oleh fotografer terkenal, Saiful Nang yang tidak asing lagi dalam dunia fotografi. Salah satu 'karya' terbaru beliau ialah satu gambar teaser pra perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya seperti di atas, yang dikeluarkan menerusi Facebook Saiful Nang.

Dah confirm lah, Saiful Nang menjadi pilihan sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Menurut Saiful Nang, konsep fotografi pra perkahwinan untuk bakal mempelai ini ialah bertemakan BMW, wah bergaya dengan kereta mewah pulak yer. Eh, bukan lah maksudnya BMW tu ialah Best Man Win. Sebagai simbolik menunjukkan Awal ni ialah jejaka yang best dan menang (alahai macam gores dan menanglah pulak) apabila berjaya mencuri hati Scha.

Sedikit info kadar bayaran Saiful Nang untuk satu event bermula dari RM7,200 untuk 4-6 jam coverage.

Untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi handphone 013-3977715 atau pejabat 03-80766878.




Thursday, March 15, 2012

[13 Gambar] Scha Al Yahya Berpakaian Pengantin

Dengan memperagakan busana pengantin adakah Scha memberikan bayangan yang beliau akan menamatkan zaman solonya dalam masa yang terdekat ini. Jika wajah dah cantik, memperagakan rekaan busana pengantin lagi la akan tampak cantik dan anggun. Ditambah pula dengan seri 'mood' hati yang senang dan gembira, akan menyerlahkan lagi gorgeous Scha Al Yahya. 13 gambar di bawah, Scha memperagakan Busana Pengantin dari Syaiful Brides.

kredit gambar kepada Syaiful Brides





Friday, January 20, 2012

Gambar pelakon Scha al-Yahya Semasa Kecil






Inilah gambar cute mute Scha al-Yahya semasa kecil, Kasihsalina agak ketika ni Scha berusia 6-7 tahun (gambare atas) dan gambar bawah mungkin ketika dia berusia bawah 6 tahun. Apapun ke-cute-tan tu memang ada dan patutlah cute lagi sampai sekarang. 

Psstt: Lepas ni nak upload gambar Encik Papankey ketika kecil, sekecil bayi lagi.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...