Saturday, May 5, 2012

Petua Merawat Rambut Gugur



Salam 1Malaysia

Sejak akhir-akhir ni ataupun pendek kata sejak lepas bersalin anak ke-2 ni la, terasa sangat banyak rambut aku gugur. Aku nak mencuba cara rawatan tradisional aje, jimat belanja dan yang penting tiada bahan kimia langsung. Lagi pun bahan-bahan senang nak dapat. Tapi nak mula buat tu amatlah malas. Kalo aku yang mahu menolongnya kan bagus..

Petua yang boleh merawat dan mengatasi masalah rambut gugur ni:
 
Petua Pertama:

Sediakan 2 biji limau nipis, perah limau nipis tu untuk dapatkan air atau patinya. Sapukan perahan air limau nipis selama 2 minggu. Limau nipis juga boleh menghilangkan kelemumur yang juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Ambik kulit limau nipis tu dan gosok-gosok dikulit kepala. 
 
Kemudiannya ambik kelapa parut dan masukkan dalam tuala, agak2 segengam camtu. Gosok di keseluruhan kulit kepala dan rambut. Santan digunakan untuk menyuburkan rambut. Bungkus kepala dengan tuala dan perapkan selama 30 minit atau lebih. Hasilnya, rambut juga akan sihat, subur dan bersinar. Ulang 3 kali seminggu atau lebih kerap untuk hasil yang memuaskan.

Selepas tu, ambik lendir daun lidah buaya dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut kita tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.

 
Petua Kedua : 
 
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
 
 
 
 

2 comments:

cinnamon.com said...

petua kedua boleh ikut,yg pertama tu alah dgn limau..gatal2

tq

YATZAKIE said...

tq share kak..rambut saya memang selalu gugur..leh cuba nati..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...