PART 2
(Link
PART 1)
 |
Baju ini dipakai ketika kejadian |
 |
En Bolhassan Ainie Dhobie (anak saudara Rosli Dhoby) menunjukkan baju yang dipakai dan warkah terakhir |
 |
Keempat-empat pejuang nasionalis ini dikebumikan semula di Sibu pada 2
Mac 1996 Upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak
kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor dan Datuk Adenan
Hj |
|
|
 |
"Tidak ramai ada keberanian seperti kau dapat, mungkin hidup kau tak lama, tetapi keberanian kau akan diingat orang untuk bertahun lamanya.." Pak Sumarja |
1. Rangka tulang Rosli Dhoby dan tiga rakan-rakannya tidak dijumpai
semasa proses pemindahan sedangkan mereka dikatakan digantung dan
dikebumikan di sana.
2. Terdapat dakwaan bahawa mereka dibawa ke London atas permintaan
isteri Mendiang Sir Duncan Stewart yang ingin melihat wajah
‘pembunuh' suaminya.
3. Wasiat terakhir Rosli Dhoby telah tertunai iaitu jasadnya ‘Diselimuti Panji
Sarawak’ dalam upacara pengebumian semula jasad pejuang berani mati ini
di Makan Pahlawan di perkarangan Masjid AnNur Sibu pada tahun 1996.
4. Hanya cap-cap jari milik kedua-dua polis Sikh yang menangkap Rosli Dhoby
terdapat pada badik beracun yang digunakan untuk pembunuhan itu.
5. Hajah Ani, kekasih Rosli Dhoby masih belum berkahwin hingga ke hari ini.
6. Terdapat dua badik yang dipegang oleh Rosli Dhoby pada malam sebelum kejadian.
Badik-badik itu ditimang-timangnya. Ada yang bertanya untuk apakah
badik-badik itu, beliau hanya berkata, sengaja mahu bermain dengannya.
Tidak ada maksud lain.
7. Baju putih yang dipakai sebagai pakaian dalamannya semasa pembunuhan
itu juga masih disimpan. Pada baju tersebut tersulam kalimah-kalimah
berupa mentera perjuangan sumber kekuatan orang Melayu.
8. Selepas kejadian pembunuhan dan semasa perbicaraan, seluruh kampung
Melayu di sekitar kampung Pulo, Sibu dan saudara mara yang berkaitan
dengan Rosli Dhoby dirundung ketakutan.Pihak polis Kolonial berada di rumah-rumah
yang tertuduh dan berkawal di setiap jalan di kampung Pulo dan
jalan-jalan masuk ke Kampung Melayu.
9. Pihak Kolonial sememangnya mahu menghapuskan Rosli Dhoby dan keluarganya,
itulah kata-kata orang tua-tua. Mereka mencari dan menyiasat dari
rumah-ke rumah orang-orang yang dikaitkan atau kerkaitan dengan ahli
Rukun 13. Ramai ahli keluarga yang tertuduh berhijrah ke luar Sibu
dan Malaysia atas tekanan.
10. Semasa hukuman hendak dijatuhkan, ibu dan bapa Rosli Dhoby, yang berada di
rumah adik Pak Dhoby, Pn. Dayang, isteri kepada En Amin telah dibawa
oleh 2 trak polis untuk ke Penjara Kuching. Adik kepada Bu' Habibah (Bu'
Ibot) yang dikenali sebagai Bu' Idok, tidak berada di rumah tersebut
kerana dia telah ke rumah En. Khairul atas sesuatu urusan.
11. Sebaik sahaja mereka berdua pulang ke rumah Pn Dayang, Bu' Ibot
sudah di dalam keadaan longlai dan hampir hilang akal. Menurutnya,
kepalanya telah diacukan pistol dan dia dipaksa oleh polis Kolonial untuk
menyuruh Rosli Dhoby membuka rahsia.
12. Pegawai polis tersebut adalah seorang rapat dan dikenali oleh keluarga Rosli Dhoby bernama Jerry Martin.
13. Terdapat desas-desus juga mengatakan Pn Duncan, tidak mahu Rosli Dhoby digantung kerana umurnya masih muda.
14. Hanya tiga kali pembicaraan di mahkamah Sibu, Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek
telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Keesokan hari selepas
perbicaraan tersebut, mereka berdua dihantar ke Penjara Kuching untuk
perbicaraan Rukun 13 dan menjalani hukuman di Penjara Kuching.
15. Pada masa itu, tidak pernah ada hukuman sedemikian dijatuhkan di
Sarawak. Peralatan untuk hukuman tersebut terpaksa diimport dari
Singapura ke Kuching. Kesemua Ahli Rukun 13 yang dituduh dijatuhkan
hukuman buang negeri dan penjara kecuali Awang Rambli dan Bujang Suntong
yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Sumber:
1. Bu’ Idok, Ibu Saudara Rosli Dhoby
2. En Tahar bin Johnny sepupu Rosli Dhoby
3. En. Bolhasan bin Ainnie Dhoby
14 comments:
Semangat kental dan waja yg sukar diperolehi di zaman sekarang
takde dah jiwa sekental ni zaman sekarang(rasanya la)
semua tu betul, kita dah biasa dgn kesenangan..walaupun tak kaya atau snang dari segi material tapi kita sgt mudah dptkan sesuatu sekarang..
kalaulah anak muda dan belia zaman sekarang mcm ni..aman Malaysia :/
Setia betul Hjh Ani ye...
Seorang guru rupanya dia..saya ni buta sejarah sikit.
Thanks 4 the info..seronok baca..
sekarang ni memang susah nak jumpa yang gini.yang gengster & samseng je makin ramai kat malaysia ni.hmmm
arwah adalah wira dan pejuang negara sepanjang zaman... pengorbanannya amat kita kagumi..
Cerita ni ada d siarkan d tv kan.. tapi tak ingat bila..memang menyayat hati.. T_T
semangat yang sukar d cari pada masa kini...
ooo...banyak info yg saya tak pernah tahu~
Yeah, beliau mesti tak sangkan sampai seluruh malaysia akan kagum dgn keberaniannya!
sejarah... good for mind refreshing...
Hari ini dalam sejarah.
semuga ank2 muda sentiasa mengenang perjuangan mereka..
Best baca sempena bulan kemerdekaan negara
Post a Comment