Thursday, May 17, 2012

Sempena Hari Guru: Rosli Dhoby Seorang Guru Dihukum Bunuh Semuda 17 Tahun

PART 1

Rosli Dhoby dihukum bunuh pada usia 17 tahun
Rosli Dhoby masih seorang Juvana ketika itu dan tidak boleh dihukum gantung sampai mati, namun akibat dendam membara pihak Inggeris dan keluarga Gabenor British itu, maka mereka mengubah tahun kelahiran Rosli Dhoby dalam surat beranaknya. Sedangkan menurut undang-undang British, seseorang yang berusia dibawah 18 tahun tidak akan dihukum mati atas kesalahan membunuh.

Rosli Dhoby ialah seorang anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Beliau telah dipilih oleh Rukun 13 (mengambil nama sempena 13 rukun dalam sembahyang), dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.

Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu.

Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung :

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud. Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.


**Tunggu sambungan mengenai Rosli Dhoby ini esok pagi, 17 Mei 2012:




27 comments:

AQ Eyfa said...

gud entri kak salina..touching lak baca entri nih..Al-Fatihah moga rohnye aman di alam sana

musang said...

budak2 sekarang umur 17 tahun terbunuh di jln raya akibat merempit

Kasih Salina said...

Terima kasih, dalam Siri Warkah Terakhir di Astro ada mengisahkan Rosly Dhoby lakonan hebat Beto Kusyairi..(dalam youtube boleh tengok lagi)..garapan dalam Warkah Terakhir memang sedih!

Kasih Salina said...

redza..sesuatu yg mengaibkan keluarga apabila mati merempit...

kini nama Rosli Dhoby di abadikan di sebuah sekolah di Sarawak..
Itulah hari guru setiap hari untuk pejuang bangsa terpahat di sebuah pusat ilmu!

dear anies said...

ms sekolah dulu suka bc cerita psl dia dlm buku teks..

alfatihah

Kasih Salina said...

Dalam buku sejarah..dan realiti sebenarnya beza sgt.
ada banyak fakta tak sama..mungkin untuk mudahkan kefahaman pelajar yg masih mentah..

izla said...

baru tau pasal Rosly Dhobi ni..terima kasih kerana share

Kasih Salina said...

izla..thanks, banyak orang tak kenal..bahkan tak tahu dia seorang guru..asalnya seorang pelajar pintar yang berpeluang pergi lebih jauh...

syiela said...

sedih.... moga rohnya dicucuri rahmat

Kasih Salina said...

syiela..ada fakta yg lebih menyentuh hati belum saya post kat sini..

Abang Zam said...

serius dah lama tak baca pasal rosli ni. sadis jugak

Kasih Salina said...

lebih sadis lagi ada cerita tak tercerita..

BungaTulip said...

Sedih baca kisah Rosly Dhoby..Perginya seorang guru pejuang bangsa.Al-fatihah..

Kasih Salina said...

ya..sedih, cerita sebenar lg byk sedih..try tengok Warkah Terakhir selepas ni..bagaimana seorang pelajar pintar yang kemudiannya menjadi guru pada usia muda disebabkan kepintaran dia..

sanggup korbankan cita-citanya untuk satu perjuangan besar!

sekadar satu coretan said...

terima kasih..

dapat lagi satu cerita yang menarik dan sangat sedih..

nazayiena said...

Namanya diabdikan pd nama sebuah sklh di Sibu....

Kasih Salina said...

ya betul..sesuai dgn peranannya sbg guru sebelum dihukum British..

caliph shuriken said...

dasar penjajah.. punca kita berpecah belah..

*smoga roh beliau dicucuri rahmat...

MulutPayau said...

Assalamualaikum dik...

Akak tahu sikit2 jer pasal Rosly Dhoby..terima kasih atas prkongsian...

Liyana Anuar said...

tak pernah tahu pasal surat ni..hehe :)

Kasih Salina said...

Ya isi kandungan surat ni memang tak didedahkan, mcm saya kata dlm buku sejarah sekolah pun tak byk sgt..sekadar sikit info penting..

NzA said...

masa sk dulu smpt belajar sejarah dr ting 1-3 je..bila masuk aliran sains tulin dh xde sejarah....

Kasih Salina said...

penting juga sejarah, dan apa yg kita boleh belajar dari sejarah..apapun bidang kita ceburi..sejarah tetap ada di mana-mana..dalam sains dan teknologi, keagamaan dsb..

Koding said...

Al-Fatehah buat Rosly Dobi...

Kasih Salina said...

Sama-sama kita

blogger said...
This comment has been removed by the author.
mama aini said...

Al-Fatihah..thanks saliana share cerita ni..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...