Friday, May 18, 2012

Pasar Borong Kangar terbakar Menyebabkan 12 Peniaga Terjejas

Kredit Foto: wancikgumuzik
KANGAR - Bangunan utama Pasar Borong Kangar yang menempatkan kira-kira 12 peniaga, rosak teruk dalam kebakaran awal hari ini namun tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.04 pagi dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

Katanya jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar, Kuala Perlis dan Arau dengan dibantu pasukan bomba sukarela Pauh, Kodiang, Kuala Perlis dan Simpang Empat berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 30 minit.

Punca kejadian sedang disiasat dan anggaran kerugian sedang ditaksirkan, katanya.

Pasar borong yang beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu itu menempatkan 25 peniaga dan kira-kira 12 daripada mereka beroperasi di dalam bangunan utama itu.

Bagaimanapun, gerai-gerai berhampiran bangunan utama pasar borong itu tidak terjejas dalam kejadian itu.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dalam laman sosial facebook beliau mengucapkan takziah kepada para peniaga yang menjadi mangsa kebakaran dan kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan secepat mungkin.- Bernama
 
 
 
 

7 comments:

Harith Iskandar said...

mmm pasar borong tu mmg dh lame,elok jgak tukar yg baru lg pon nmpak mcm sesak jer kt situ sbb dkt situ jugaklah kedai, stesyen bas teksi ..so elok ganti di tempat yg lain jer :)

mama aini said...

ehem kesian juga dgn nasib peniaga2 tu..hu2x..

abu ammar said...

Tu bukan pasar borong der...kat setesen bus tu market lama tu pn dh pindah...psr brg tu kat kampung bakau...tempat dh strategik...

Kasih Salina said...

@abu ammar:saya ambil petikan dari akhbar,bukan direka.blog orag Perlis wancikgumuzik pun tulis tu pasar borong..macam mana sy nak sangkal yg tu bukan pasar borong..

abu ammar said...
This comment has been removed by the author.
abu ammar said...

comment tu kepada @ harith wahai Kasih salina...cuma nak perbetulkan saja... petikan mmg betul cuma kedudukan yg saudara harith ceritakan tu x betul...

Kasih Salina said...

@abu ammar:ok..no hal..mungkin @Harith pun dah lama tak ke Perlis kot..sy memang tak tahu di mana pasar borong lama ataupun baru..yg sy tahu 'market changlun ja'..tu pun seminggu ada la 2 3 kali ke market.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...