Penyanyi Wan Norafizah Ariffin atau Nora mengakui mempunyai perasaan teruja apabila disahkan sedang hamil dua bulan walaupun usianya kini telah mencecah 39 tahun.
Seperti kebanyakan ibu mengandung lain Nora juga tidak terkecuali mengalami alahan dan mengidam makanan yang pelik. Walaupun cepat berasa letih namun dia gembira untuk menyambut anak keempatnya itu kerana dia dan suami iaitu komposer Johan Nawawi memang berhasrat menambah bilangan ahli keluarga.
Tambah Nora, dia juga turut merakamkan semula lagu popularnya, Di Persimpangan Delima dengan menampilkan lirik baru berjudul Hikmah bersesuaian dengan konsep album tersebut.
Nora berkata, dia mengambil masa hampir tiga bulan untuk memilih lirik bagi memastikan ia sesuai dengan melodinya.
Dalam perkembangan sama, Nora berharap peminat dan masyarakat akan terus memberi sokongan kepada lagu-lagu berkonsepkan kerohanian supaya ia terus mendapat tempat sekali gus memartabatkan agama Islam.
Nora juga turut dilantik sebagai duta produk minyak Argan dari Maghribi iaitu Secretleaf.

7 comments:
wahh bkn main akak..rezeki :)
wah gud news ni!
suka tgk nora bertudung, cantikkkk..alhamdulillah rezeki dia kan...
tahniah akak
Alhamdulillah...rezeki dia.
Rezeki sentiasa ada, selagi ada usaha dan yakin pada-Nya.
Bagus Kak Nora ni kan..
mama suka suara nora sedap & semakin cantik bila bertudung..Tahniah buat nora..
Post a Comment