Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas keretanya dipecah masuk di Subang Jaya, pagi semalam. Menurut akhbar BH, dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah melarikan set radio kereta dan dua gitar termasuk milik penyanyi baru yang juga anak didiknya, Diandra Arjunaidi.
Sebelum kejadian, kereta Yuna digunakan seorang rakannya, pemain gitar kumpulan muzik yang sering mengiringi persembahannya dikenali sebagai Farhan Fadzlishah atau Pa'an, 26, untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 malam. Kejadian berlaku ketika hujan lebat.
Bapa kawan Yuna terjaga jam 5.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta. Apabila dicari bunyi bising itu ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal.

Dalam kenyataan melalui Twitter beliau, Yuna memberitahu yang sebenarnya
hanya sebuah gitar milik Diandra Arjunaidi yang hilang manakala gitar
milik beliau selamat di’rumah.
1 comment:
walaupun dlm pagar rumah sekalipun..mereka tetap berani memecahkan kenderaan org lain !!!..keta mama pun pernah kena pecah..duit siling pun dikebasnya..he2x..
Post a Comment