Friday, May 18, 2012

Kereta Yuna Kena Pecah, Rugi RM 5,000

Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas keretanya dipecah masuk di Subang Jaya, pagi semalam. Menurut akhbar BH, dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah melarikan set radio kereta dan dua gitar termasuk milik penyanyi baru yang juga anak didiknya, Diandra Arjunaidi.

Sebelum kejadian, kereta Yuna digunakan seorang rakannya, pemain gitar kumpulan muzik yang sering mengiringi persembahannya dikenali sebagai Farhan Fadzlishah atau Pa'an, 26, untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 malam. Kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Bapa kawan Yuna terjaga jam 5.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta. Apabila dicari bunyi bising itu ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal.
 
Dalam kenyataan melalui Twitter beliau, Yuna memberitahu yang sebenarnya hanya sebuah gitar milik Diandra Arjunaidi yang hilang manakala gitar milik beliau selamat di’rumah.
 
 
 

1 comment:

mama aini said...

walaupun dlm pagar rumah sekalipun..mereka tetap berani memecahkan kenderaan org lain !!!..keta mama pun pernah kena pecah..duit siling pun dikebasnya..he2x..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...