Wednesday, May 16, 2012

Nazmi Dipuji Pegawai Media Kelab Portugal Beira-Mar




Pegawai Media S.C Beira-Mar, Lues Vegas yakin pemain muda Malaysia Nazmi Faiz boleh berjaya dan pergi jauh. Setelah selamat tiba di Portugal semalam, 'wonderkid' Nazmi Faiz kini sedang menyesuaikan diri dan bersiap sedia untuk menunjukkan bakat beliau kepada jurulatih-jurulatih S.C Beira-Mar esok. Pegawai media kelab itu, Lues Vegas memberitahu ESPNSTAR.my bahawa Nazmi tidak sabar untuk memulakan latihan. Vegas memberitahu ESPNSTAR.my: "Nazmi kini menetap di sebuah hotel di Aviedo, yang terletak kira-kira 20 minit dari stadium kami, bersama bapa dan ejen beliau.

"Beliau akan berlatih dengan pasukan utama esok, Khamis dan Jumaat. Beira-Mar juga akan bermain sebuah perlawanan persahabatan dengan kelab divisyen 2 pada hari Sabtu.

Vegas juga berkata Nazmi mempunyai banyak bakat dan yakin beliau boleh mendapat kontrak di kelab itu. Beliau menambah: "Ketua jurulatih, Ulisses Morais akan memerhatikan beliau."

"Kami telah melihat beberapa video beliau beraksi untuk pasukannya. Kami juga telah mendengar perkara-perkara baik tentang beliau daripada ejen beliau dan sumber-sumber yang kami percayai. Akhirnya kami membandingkan itu dengan maklumat tentang beliau dari pihak media di Asia dan mendapat kesimpulan yang baik.

"Saya pasti beliau akan menarik hati jurulatih dan mudah-mudahan menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain di Portugal. Inilah jangkaan saya.

Vegas juga berkata beliau tidak merasakan usia muda Nazmi akan menjejas peluangnya mendapatkan kontrak, malah beliau merasakan Nazmi mempunyai lebih peluang kerana boleh bermain untuk kedua-dua pasukan kelab itu.

"Nazmi masih muda dan kami akan membuat keputusan selepas perlawanan persahabatan hari Sabtu.
"Beira-Mar mempunyai dua pasukan, pasukan di bawah umur 19 tahun dan pasukan utama, dan Nazmi adalah salah satu pemain yang boleh bermain untuk kedua-dua pasukan jika beliau menyertai kelab ini."
"Beliau masih berusia 17 tahun dan kami tahu beliau memerlukan sedikit masa untuk merealisasikan potensi dan menunjukkan bakat sepenuhnya, tetapi kami yakin."

Petikan ESPNstar


3 comments:

dear anies said...

tumpang bangga dgn NF

Kasih Salina said...

Bangga dan doakan kejayaan sama ya..

Unknown said...

SEMOGA BERJAYA

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...