Pegawai Media S.C Beira-Mar, Lues Vegas yakin pemain muda Malaysia Nazmi Faiz boleh berjaya dan pergi jauh. Setelah
selamat tiba di Portugal semalam, 'wonderkid' Nazmi Faiz kini sedang
menyesuaikan diri dan bersiap sedia untuk menunjukkan bakat beliau
kepada jurulatih-jurulatih S.C Beira-Mar esok. Pegawai media kelab itu,
Lues Vegas memberitahu ESPNSTAR.my bahawa Nazmi tidak sabar untuk
memulakan latihan. Vegas memberitahu ESPNSTAR.my: "Nazmi kini
menetap di sebuah hotel di Aviedo, yang terletak kira-kira 20 minit dari
stadium kami, bersama bapa dan ejen beliau.
"Beliau akan
berlatih dengan pasukan utama esok, Khamis dan Jumaat. Beira-Mar juga
akan bermain sebuah perlawanan persahabatan dengan kelab divisyen 2 pada
hari Sabtu.
Vegas juga berkata Nazmi mempunyai banyak bakat dan
yakin beliau boleh mendapat kontrak di kelab itu. Beliau menambah:
"Ketua jurulatih, Ulisses Morais akan memerhatikan beliau."
"Kami
telah melihat beberapa video beliau beraksi untuk pasukannya. Kami juga
telah mendengar perkara-perkara baik tentang beliau daripada ejen
beliau dan sumber-sumber yang kami percayai. Akhirnya kami membandingkan
itu dengan maklumat tentang beliau dari pihak media di Asia dan
mendapat kesimpulan yang baik.
"Saya pasti beliau akan menarik
hati jurulatih dan mudah-mudahan menjadi pemain Malaysia pertama yang
bermain di Portugal. Inilah jangkaan saya.
Vegas juga berkata
beliau tidak merasakan usia muda Nazmi akan menjejas peluangnya
mendapatkan kontrak, malah beliau merasakan Nazmi mempunyai lebih
peluang kerana boleh bermain untuk kedua-dua pasukan kelab itu.
"Nazmi masih muda dan kami akan membuat keputusan selepas perlawanan persahabatan hari Sabtu.
"Beira-Mar
mempunyai dua pasukan, pasukan di bawah umur 19 tahun dan pasukan
utama, dan Nazmi adalah salah satu pemain yang boleh bermain untuk
kedua-dua pasukan jika beliau menyertai kelab ini."
"Beliau masih
berusia 17 tahun dan kami tahu beliau memerlukan sedikit masa untuk
merealisasikan potensi dan menunjukkan bakat sepenuhnya, tetapi kami
yakin."
3 comments:
tumpang bangga dgn NF
Bangga dan doakan kejayaan sama ya..
SEMOGA BERJAYA
Post a Comment