Thursday, May 17, 2012

Zed Zaidi Cabar Aaron Tunjuk Permit Kerja Pulak

Nampak gayanya semakin panas dan kemarahan Zed Zaidi terhadap Aaron Aziz belum belum lagi reda. Satu persatu yang dipersoalkan oleh Zed Zaidi berikutan daripada kemenangan Aaron merangkul Anugerah Bintang Paling Popular (ABPH) 2011.

Terbaru pulak Zed Zaidi mencabar Aaron Aziz menunjukkan permit kerja yang dimiliki pelakon Singapura itu sekiranya benar dia memiliki permit kerja seperti yang diwar-warkan.

Zed dikatakan berbuat demikian apabila Aaron baru-baru ini ini mengeluarkan kenyataan seperti berikut;
“Kalau sekarang mereka nak tengok permit saya pun tak ada hal.

“Imigresen pun dah kenal saya, sebab banyak kali saya pergi ke sana tampal permit saya.

” Mereka juga dah tahu saya selalu ke sana bagi mohon permit untuk pembantu rumah saya. Namun, bila ada yang cakap pihak Imigresen tidur, tak buat kerja, jadi saya tak gembiralah sebab mereka dah banyak tolong saya,” ujar Aaron.

Sepatutnya Zed Zaidi tak perlulah mengembar gemburkan hal yang remeh temeh sebegini, industri hiburan Malaysia ni tak sebesar mana pun kalau nak bermasam mukan kan. Apa-apa pun Aaron Aziz dan Zed Zaidi tetap dihati peminat masing-masing.



2 comments:

Yana Libra said...

pelik2 je zed zaidi ni..nape tu pun nak dijadikan isu? Aaron aziz sorang je plak tu yg asyik kena..nape artis luar negara lain dia tak pertikaikan?? huhu~~

Kasih Salina said...

hah tu lah

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...