Tutorial Buat Masker Telur Untuk Menegang & Menghaluskan Kulit Wajah
Apa kata sekali sekala buat masker sendiri dengan menggunakan bahan yang tersedia ada di dapur rumah kita kan! Senang dan mudah, tak sampai 5 minit pun. Putih telur tu membantu menegangkan kulit wajah & susu akan melembutkan kulit kita. Buatlah 3 kali seminggu untuk mendapatkan khasiat yang lebih mujarab. Aku pun baru 2 kali membuatnya..huhu..
1. Sebiji telur (cuma guna 2 sudu putih telur sahaja)
2. 1/2 sudu susu tepung (aku guna susu tepung anak aku jer)
Caranya:
- Campurkan putih telur bersama susu tepung. Gaulkan hingga sebati.
- Sapukan pada seluruh wajah & leher. Biarkan Masker tersebut kering & kulit muka terasa tegang.
- Bilaskan dengan air suam. Kulit muka aka terasa lembut & halus.
1 comment:
thanks..mama try nanti..he2x..
Post a Comment