Saturday, May 12, 2012

Setelah Berusaha, Bertawakal Kepada Allah Dengan Membaca Surah At-Talaq, Ayat 2 & 3





Harus diinsafi bahawa seseorang yang hendak mengamalkan ayat-ayat al-Quran wajiblah juga mentaati ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.

 Surah At-Talaq, Ayat 2 & 3 (Ayat 1000 Dinar)

Di antara fadhilat-fadhilat lain Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakal terhadap sesuatu perkara.
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah.
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan.
4. Dan ketika dirasakan perlu.


Menurut banyak riwayat, sebab ayat Seribu Dinar diturunkan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja'i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin.

Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu."

Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan dia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya." Hadis riwayat Ibnu Jarir.



1 comment:

Unknown said...

sy dh usaha sungguh2, juga tawakal & doa, bila xdpt apa yg nak kecewa pon ada,...sedey pon ade.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...