Saturday, May 12, 2012

Model 'Terbaru' Perodua Untuk Tahun 2012?


Gambaran sebenar...

Inikah model 'Terbaru' Perodua Untuk Tahun 2012? Ramai mungkin tertanya-tanya, bila pulak ada desas desus Perodua akan mengeluarkan kenderaan terbaru untuk tahun ni atau tahun 2013. Tengok lagi gambar di bawah. Kot pernah tengok kat mana-mana di seluruh Malaysia?


Ha itu dalamannya..macam mana pulak luaran kenderaan SUV ni. Jom kita tengok...


So, macam mana, bergaya kan? Haaa inilah Perodua Nautica yang telah dilancarkan pada 2008 iaitu selepas 10 tahun Perodua Kembara berada di atas jalan raya di Malaysia ni. Harga SUV ni cuma RM89,900 (atas jalan) termasuk insurans. Korang pernah tengok? Ya..ya memang ada pelancarannya dulu dan ada yang pernah tengok. Tapi tak mustahil ada yang langsung tak pernah tengok dan terkejut dengan posting aku kali ni. Aku sendiri pun dalam setahun dapat tengok SUV ni sekali-dua jer atas jalan di Kedah ni. Sebabnya bukan tak laku, tapi Perodua sendiri memang tak target tinggi untuk jualan SUV ni kerana ia adalah model yang dikeluarkan secara import sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

Ini berikutan Perodua hanya mensasarkan jualan sebanyak 100 hingga 200 unit sebulan, maka adalah tidak ekonomi jika Nautica dihasilkan dalam bentuk CKD. Maka tidak hairanlah kalau korang tak pernah tengok SUV ni di kawasan kediaman korang...

Sebab tulah harganya mahal, mana ada kenderaan Perodua lain yang mahal macam ni kan?


 Aku kerap tengok Toyota Rush jer..itupun tak banyak sangat orang pakai...




No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...