Thursday, May 3, 2012

Panduan dan Tips Diet Untuk Elak Anak Obesiti


aduh..risau aku tengok budak ni..picture yang aku google..

Salam 1Malaysia

Memandangkan anak aku yang sulung yang mana bulan Jun 2012 ni baru masuk 4 tahun, risau juga aku dengan berat badannya dah 21 kg. Selera makan dia plak bertambah-tambah dan sentiasa mintak makanan dan susu selagi dia belum tidur. Semua orang cakap, "ingatkan kakak darjah 1 dah".

Panduan dan Tips Diet Untuk Elak Anak Obesiti


1. Kanak-kanak tidak seharusnya diberi hadiah manisan atau gula-gula sekiranya berjaya menghabiskan makanan utama kerana ini mengajar mereka mengutamakan gula-gula daripada makanan seimbang.

2. Makanan keluarga haruslah berdasarkan sajian seimbang dan sihat mengikut piramid makanan.

3. Setiap orang perlu memastikan pengambilan makanan yang betul.

4. Ibu bapa perlu mengehadkan jangka masa menonton televisyen dan menghadap komputer.

5. Remaja digalakkan membuat catatan makanan. Diari makanan meliputi kuantiti dan jenis makanan di samping tempat, masa dan bersama siapa.

6. Makan di meja makan pada waktu yang tetap.

7. Kunyah makanan dengan perlahan sedikit demi sedikit.

Mengira berat badan unggul

Bagi mengetahui sama ada anda mempunyai berat badan unggul atau tidak, ikuti langkah ini:

- Timbang berat badan dalam kilogram.
- Ukur ketinggian dalam sentimeter.
- Kira Indeks Jisim Badan (BMI) dengan menggunakan formula berikut:

BMI = berat badan (kg)
_______________
ketinggian (m) x ketinggian (m)

Jika BMI anda __________ Anda adalah

-> Kurang daripada 18.5 = Kurang berat badan

-> 18.5 – kurang 25 = Berat badan unggul

-> 25 – kurang 30 = Berat badan berlebihan

-> 30 dan lebih = Obesiti / gemuk


Sumber: jomdiet.com



 

1 comment:

Norzie hany said...

Nice info(anak kedua sis mmg obesiti)....Tq for sharing

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...