Thursday, May 17, 2012

Nazmi Faiz Tenang dan Profesional Walaupun Mengadu Kesejukan di Portugal


Gigih pemain muda ni...
Nazmi Faiz Tenang dan Profesional Walaupun Mengadu Kesejukan di Portugal

Nazmi Faiz telah memulakan sesi latihan dan pemilihan di Beira-Mar semalam bersama pasukan utama dan bersemangat untuk sesi latihan yang seterusnya. Nazmi yang kini di Portugal untuk menjalani sesi latihan dan pemilihan dengan skuad utama Beira-Mar selama seminggu ikut serta berlatih bersama jurulatih Beira-Mar semalam. Menurut ejen Nazmi Faiz, Marco Guimaraes, Nazmi Faiz semalam telah diperkenalkan kepada pemain-pemain Beira-Mar dan sangat teruja untuk memulakan sesi latihannya.

Nazmi yang baru pertama kali menjalani latihan di negara asing, telah memulakan sesi dengan baik bersama para pemain yang lain.

"Nazmi sangat tenang dan profesional ketika sesi latihan selama satu jam dua puluh minit semalam." kata Marco kepada ESPNSTAR.my.

"Namun, jelas bahawa Nazmi mampu memperbaiki permainan dengan lebih baik lagi jika dia berjaya mendapatkan kontrak dengan kelab Portugal ini. Dia telah menunjukkan permainan bola sepak yang sesuai dengan bola sepak Eropah." katanya lagi.

Nazmi Faiz juga telah mendapat perhatian media di Portugal dimana laporan tentang pemain muda berusia 17 tahun telah dipanggil untuk sesi pemilihan bersama skuad liga utama Portugal itu.

Nazmi Faiz memberitahu ESPNSTAR.my: "Semuanya baik sahaja setakat ini. Sesi latihan semalam berjalan dengan lancar walaupun cuaca sedikit sejuk."

"Portugal negara yang cantik. Ejen saya, Marco juga memberi layanan yang baik kepada saya dan bapa saya. Tiada masalah tentang makanan dan minuman kerana terdapat banyak juga tempat makan halal di sini." katanya lagi.

Nazmi tetap yakin akan lakukan yang terbaik pada sesi latihan seterusnya hari ini dan esok sebelum beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Divisyen 2 Portugal.
Dia menambah: "Saya berharap para penyokong di Malaysia akan terus memberi sokongan kepada saya dan mendoakan kejayaan saya di sini. InsyaAllah semua berjalan lancar."

ESPNstar

*Good luck Nazmi, jaga diri jangan demam pulak!


7 comments:

redza said...

bangga jugalah kalu dia dpt kontrak dgn team tu

Kasih Salina said...

Betul tu Redza..lepas ni boleh kita fokus ke liga portugal pulak!

Huda said...

chaiyok nazmi, bangga dengan dia!

Kasih Salina said...

yeah bangga!
Best kalau dpt tgk dia main dlm liga sana

mama aini said...

ehem berbakat kan dia..gud luck !!!..

Kasih Salina said...

ya semoga dia berjaya..

Yana Libra said...

good luck nazmi~~

bukan calang2 org leh dapat peluang cmtu~ :)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...