Sunday, May 13, 2012

Petua Untuk Hilangkan Bau Busuk Dalam Peti Ais

 Bau Busuk Dalam Peti Ais memang menyakitkan hidung, mana tak nya, buka jer peti ais keluar bauan yang kurang enak dan segala isi yang ada dalam peti ais tu melekat sekali bau busuknya. Kalau tak nak berbau peti ais tu, rajin-rajin la mencuci dan membersihnya. 

Tutup suis dan keluarkan semua barang-barang dalam peti ais. Lepas tu lapkan dengan tuala basah pada keseluruhan peti sejuk. Dah lepas cuci dan bersih, masukkan semula barang-barang. So, untuk petua hilangkan bau busuk peti ais tu:

Petua 1: Gunakan Arang. Ambil 2-3 ketul arang, alaskan dengan tisu ataupun balutkan dengan kain kapas nipis. Lebih berkesan sekiranya arang tu terdedah macam tu jer supaya senang penyerapan bau busuk tersebut.
 
Petua 2: Guna Roti. Kalo ada roti sandwich atau roti gardenia tu boleh jer guna untuk hilangkan bau busuk dari peti ais. Caranya keluarkan roti dari plastiknya dan letakkan dalam peti ais camtu jer. Roti tu akan menyerap bau busuk dan biarkan 1-2 minggu ataupun sehingga roti tu dah kering la.

Petua 3: Guna Esen Vanila. Cara ni pun senang jugak. Sediakan semangkuk air kosong dan titiskan beberapa titik esen vanila ke dalam mangkuk air kosong tadi. Jangan tutup mangkuk air kosong tu. Letakkan dalam peti sejuk supaya peti anda akan berbau harum esen vanilla.




2 comments:

Norzie hany said...

Salam Salina.
Nice info...Tq for sharing.

nazayiena said...

tq share tip nie salina...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...