Sunday, May 13, 2012

Pukul Anak: Hukuman Atau Pengajaran


Bila syara’ membolehkan hukuman pukul?
  1. Seorang pendidik tidak boleh menggunakan hukuman pukul, melainkan sesudah dicubakan semua cara-cara pengajaran dan pencegahan yang lain.
  2. Si pendidik tidak dibenarkan memukul ketika dia sedang di dalam keadaan marah yang sangat yang tidak dapat menguasai dirinya, kerana dikhuatiri pukulan itu akan menyebabkan bahaya kepada si anak, menurut pesanan Nabi s.a.w. di dalam sabdanya: Jangan marah!, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari.
  3. Hendaklah si pendidik menjauhi tempat-tempat yang boleh menyebabkan bahaya ketika memukul seperti kepala, wajah, perut, dada dan seumpamanya disebabkan adanya pesanan daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud, sabdanya: Jangan memukul wajah! 

Adapun memukul di dada,ataupun di perut, maka yang demikian itu adalah terlarang sekali, disebabkan dia akan menarik kepada mudharat yang besar, dan berkemungkinan akan menyebabkan mati, dan ini termasuk di dalam maksud Hadis Nabi s.a.w.:Tiada mudharat dan tiada memudharatkan.
  1. Hendaklah pukulan-pukulan yang mula-mula dari hukuman si pendidik itu tidak begitu berat dan tidak menyakitkan sangat. Dan hendaklah pukulan itu di tangan atau di kaki dengan rotan yang halus, dan hendaklah dari satu kali hingga kepada tiga kali, kiranya si anak itu masih belum baligh lagi. Tetapi jika si anak sudah hampir hendak baligh, dan si pendidik mendapati pukulan tiga kali itu tidak memberi apa-apa kesan kepadanya, maka bolehlah dia lebihkan pukulan itu sampai sepuluh kali, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Tiada boleh disebat seseorang itu lebih dari sepuluh kali sebat, melainkan pada salah satu had dari had-had Allah Ta’ala.
  2. Hendaklah si anak itu tiada dipukul sebelum dia mencapai usia sepuluh tahun, kerana menurut Hadis Nabi s.a.w. yang telah berlalu bermaksud: Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak bersolat apabila mereka mencapai usia sepuluh tahun.
  3. Jika anak itu membuat sesuatu kesilapan  yang pertama, baiklah diberikan peluang baginya untuk bertaubat dari apa yang dia lakukan, dan diuzurkannya dari perbuatan itu, serta diberikan baginya kesempatan orang tengah yang menjamin dia agar dia tidak akan melakukan kesalahan yang sama di lain kali, supaya dilepaskan dia daripasa hukuman itu. Lalu disuruh dia berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu sekali lagi. Ini lebih baik daripada terus menghukumnya dengan pukul, ataupun dicicirkan perbuatannya itu dihadapan orang ramai.
  4. Sebaiknya si pendidik itu sendiri memukul si anak itu, dan tidak perlu dia menyuruh orang lain memukulnya, seperti menyuruh abangnya memukul, ataupun temannya memukul, supaya tidak timbul perasaan marah dan dendam  di antara mereka pula.
  5. Apabila si anak itu sudah mencapai usia baligh, dan sudah menjadi dewasa, dan si pendidik mendapati hukuman pukulan sebanyak sepuluh kali itu sudah tidak mengesankan untuk dia serik, maka bolehlah dia menambah pukulan itu lebih dari sepuluh, dan boleh juga dia menguatkan pukulan itu sehingga si anak itu merasa sakit, dan boleh juga diulang-ulangi pukulan itu jika perlu, sehinggalah si pendidik puas hati, bahwa si anak itu sudah lurus perjalanannya, dan kini dia sudah serik, menerima petunjuk dan hidup lurus di atas Shiratul-mustaqim(jalan yang lurus)



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...