Saturday, May 5, 2012

Ustaz Don Daniyal Jumpa 'Doktor Perubatan'


Kredit Gambar : JKK FC


 Ustaz Don, 27 bersama Ustaz Azhar Idrus, 40

Ustaz Don Daniyal, satu nama yang unik dan menjadi kegilaan ramai gadis-gadis remaja semanjak beliau mencipta nama dalam program 30 Minit bersama Ustaz Don di Tv Al-Hijrah. Kalo aku buat blog walking mesti ada terjumpa yang menulis pasal Ustaz Don dan yang paling sadis sekali bila mana gadis-gadis remaja ni dapat tahu yang Ustaz Don dah berpunya, ada yang meluahkan kekecewaan mereka. Sabo aje lah..huhu..ye la..sejahat & seburuk mana seseorang itu, pasti mahu mencari pasangan yang terbaik buat dirinya.. tak gituuu? (ahaa..cedok ayat abang Nara)..

Ustaz Don pun dah jadi macam selebriti pulak, bertunang senyap-senyap pun dapat dihidu juga oleh peminat-peminat beliau. ishhh.. mama paparazi sungguh la peminat pun.. Dah lah Hensem, Beriman dan Berilmu pula orangnya. Sudah pastilah ramai gadis-gadis yang idamkan, iaitu calon suami yang Soleh dan pembimbing rumahtangga ke Syurga.



Mungkin ramai yang sudah tahu siapa tunangan Ustaz Don, mungkin juga ada yang tidak tahu.So, kalo korang dah tengok lama dah gambar tunang Ustaz Don tu, buat-buat la pejam mata korang tu..hihi..







Menurut sumber yang aku baca, tunang Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ni bernama Husna Zahry Rafie. Merupakan pelajar perubatan yang sedang belajar dalam jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir. Menurut sumber juga, gambar di atas adalah semasa majlis pertunangan Ustaz Don dan tunangnya pada 6 Mac 2011. Agaknya Ustaz Don nak tunggu tunangnya habis belajar dulu baru nak tukar status sebagai suami orang.


Biodata Ustaz Don Daniyal

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor
Status: Bujang (bertunang)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir



Ada juga terlintas kat fikiran aku ni, macam mana cara & adat Ustaz Don bercinta ekk..teringin la nak tahu camne cara ustaz-ustaz ni bercinta. Bukannya apa, ilmu untuk menasihati anak aku nanti..




3 comments:

Unknown said...

sangat sepadan. seorang ustaz seorang doktor

mama aini said...

ehem..mama selalu tgk ustaz don yg ensem ni kat tv alhijrah..he2x..pakai peminat dia kan?..selamat bertunang ustaz don..

mama aini said...

sori ..ramai peminat dia kan?..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...