Thursday, May 24, 2012

Tunang Misha Omar Juruterbang MAS, Tangguh Kawin Sebab Sebuk

Penyanyi popular, Misha Omar, 30, terpaksa menangguhkan perkawinannya dengan Firos Ezzwan Rossly, 29, yang sepatutnya berlangsung selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun ini kerana bakal suaminya itu kini sedang sibuk menjalani latihan sebagai juruterbang.

Menurut Misha, tunang dan bakal suaminya yang juga seorang juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa menjalani latihan penerbangan untuk pesawat Airbus 380 selama enam hingga lapan bulan. Jika tiada ada aral melintang majlis perkahwinan mereka mungkin akan diadakan pada sekitar bulan Januari atau Februari tahun depan. Perkahwinan ini ditunda kerana bagi memberi peluang kepada bakal suami saya itu menghabiskan latihan dalam kerjayanya itu dahulu.

Sementara itu, Firos Ezzwan Rossly berkata, dia bersyukur kerana bakal isterinya itu memahami tugasannya sebagai juruterbang MAS dan akan cuba menghabiskan latihannya di Lapangan Terbang Subang bermula sejak bulan lalu.

Misha sempat memperkenalkan album single terbarunya hasil kolaborasi dengan Shiseido yang mengandungi sebuah lagu baru berjudul Angin Syurga ciptaan Datuk M. Nasir dan lirik nukilan Buddhi Hekayat serta dua lagu lama iaitu Bunga-Bunga Cinta dan Aidilfitri. – mynewshub

2 comments:

Miey Safie said...

uhuk2..bestnye bakal suami pilot..jelesssssss

mama aini said...

ehem..semuga jodoh mereka berkekalan hingga kepelamin..amin..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...